Aplikasi ‘Chatting’ Yang Paling Sesuai Dijadikan Bualan _CompAsia Malaysia

Berbanding dengan era khidmat pesanan SMS, kini teknologi telah semakin berkembang jauh. Kanak-kanak pada zaman ini, mungkin tidak akan memahami bagaimana zaman dilalui oleh kita dahulu memerlukan kita membayar 15 sehingga 50 sen untuk setiap mesej yang dihantar. Tambahan pula, setiap mesej perlu disusun dengan teliti terlebih dahulu bagi memastikan ianya tidak melebihi had yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pertambahan 50 sen lagi. 

Berbalik kepada era kini, kita mempunyai pelbagai cara untuk menghantar mesej, sehingga sampai ke tahap kita rasa terganggu dengan penerimaan mesej-mesej spam. Namun begitu, tidak semua aplikasi ‘Chat’ dicipta dengan setara. Faktor populariti yang diterima oleh WhatsApp telah menjadikan aplikasi ini sebagai suatu tempat pemasaran digital 'Chat' pilihan oleh para pengguna.  

Sekiranya, WhatsApp satu-satunya aplikasi ‘chat’ yang ada di dalam telefon anda, berikut adalah beberapa alternatif komunikasi anda dengan tersayang (dan juga bukan-dengan-kesayangan). 

 

WeChat  

WeChat merupakan aplikasi ‘chat’ yang terbesar di China dan juga sebahagian di negara Asia berikutan populariti dan fungsinya. Anda mungkin telah bertembung dengan pedagang yang menggunakan WeChat Pay, namun bukan setakat itu sahaja yang aplikasi ini tawarkan. Ia turut menawarkan perkhidmatan 'games', media sosial, eWallet, 'rail-hailing', dan pelbagai lagi fungsi yang menarik. Buat masa sekarang, anda boleh mengakses aplikasi Chat ini tanpa perlu mendedahkan nombor peribadi anda. 

 

Line  

Jika anda tinggal di Jepun, Taiwan, atau Thailand, ianya adalah satu perkara yang biasa untuk mereka meminta Line ID anda. Seperti WeChat, Line juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain selain sistem mesej. Antaranya, Line Pay, berita, video berasaskan permintaan, dan juga komik. 

 

Telegram   

Telegram telah menarik minat ramai pengguna dan agak kontroversi dengan  pendekatannya yang unik dari segi end-to-end-encryption'. Walaupun cara ini menjaga keselamatan pengguna, namun ianya juga cenderung kepada menarik minat pengguna lain yang mungkin mempunyai niat yang meragukan. Mengikut Wikipedia, aplikasi ini merupakan paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada Januari 2021. 
Discord  
Discord sememangnya terkenal di kalangan komuniti ‘gaming’ kerana ianya dibangunkan khas untuk gamers’. Ia di 'sync' dengan baik dengan beberapa 'games' yang popular, memberikan akses kepada panggilan suara semasa tengah bermain. Discord juga boleh dijadikan sebagai aplikasi 'chat' dan fungsinya seperti forum perbincangan yang tertumpu kepada 'games'.
Messenger  
 
Messenger merupakan sebahagian daripada  Facebook, dan ianya telah berkembang menjadi salah satu perkhidmatan mesej terbesar di dalam platform ini. Menariknya, pengguna boleh berbual tanpa perlu dedahkan nombor peribadi. Walau bagaimanapun, 'chat' anda dihubungkan ke profil Facebook anda. Oleh itu, pastikan anda telah menukar tetapan di 'privacy settings', bagi tujuan keselamatan data peribadi anda. 
Slack  
Jika anda sedang mencari aplikasi chat yang terbaik bagi tujuan profesional, Slack adalah pilihan tepat buat anda. Ia membenarkan anda untuk menubuhkan pasukan, pamerkan kerja, dan juga menyediakan ruang untuk berkomunikasi secara 'chat', video atau suara. Slack juga merupakan sistem bersepadu dengan perkhidmatan-pihak-ketiga iaittu Google, Trello, dan Dropbox. 

Kesimpulannya 

Dengan pelbagai pilihan aplikasi ‘chatting’, ianya akan membantu memudahkan anda untuk menyusun kehidupan digital anda. Sebagai contoh, tutup Slack ketika anda ingin berehat buat seketika, atau simpan ‘contact’ semua pemain yang anda temui secara rawak di WoW atau Discord sehingga anda benar-benar bersedia untuk ‘upgrade’ mereka ke Messenger. Dan jika anda masih lagi menggunakan SMS, mungkin ini masanya untuk anda bertukar ke telefon baharu. Anda tercari-cari telefon pintar pra-milik yang diperakui dengan harga yang berpatutan? Layari shop.compasia.com di mana ianya menyediakan telefon terkini dan berkualiti namun dengan tawaran harga yang berpatutan. 

Leave a comment

All comments are moderated before being published