Hidupkan Suasana Dengan ‘top’ Lagu Raya Di Spotify _CompAsia Malaysia

"Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini" - Selamat Hari Raya by Puan Sri Saloma 

Nampaknya...tidak mungkin "Balik Kampung" menjadi lagu dendangan pilihan untuk Raya tahun ini, namun sebagai warga Malaysia yang bijak, pastinya pelbagai cara akan digunakan untuk berhubung dengan mereka tersayang  walaupun jauh. Kini dengan bantuan teknologi, amat mudah untuk berkongsi resipi dan senarai playlist kegemaran,  mewujudkan kembali suasana Raya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Oleh itu, bagi anda yang meminati sama ada lagu-lagu Raya malar segar atau irama Raya moden, kami telah menyediakan senarai 11 lagu 'Top' Hari Raya di Spotify bagi menyerikan lagi suasana Raya anda.

1. Suasana Di Hari Raya oleh Anuar Zain & Ellina

https://open.spotify.com/track/1IMsCuONQDaYYrgt4ehMbI?si=6c6aba3a58844c34 

Anda pasti tersenyum sebaik sahaja mendengar dendangan lagu "Suasana Di Hari Raya" yang ceria ini. Lagu yang mengimbau kembali kenangan indah semasa zaman kanak-kanak kita semasa Hari Raya. Dengan lirik yang ceria & senario yang digambarkan seakan-akan membuat kita turut sama berada di dalam suasana Hari Raya tersebut. Tidak hairanlah lagu tahun 1984 ini tetap menduduki di tangga teratas di Spotify dan di hati rakyat Malaysia.

2. Senandung Hari Raya Untukmu oleh Dayangku Intan

https://open.spotify.com/track/6oPIg3ql5chwh04iS9JfX9?si=5811be5afb754a8b 

Sekiranya anda sedang dilamun cinta, lagu Raya ini ibarat surat memohon kemaafan yang disampaikan dalam bentuk lagu. Walaupun liriknya yang agak puitis dan romantis, namun ianya ditulis dengan baik dan amat memikat hati.

3. Sesuci Lebaran oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza

https://open.spotify.com/track/20gz9dYTVbtnDUFV2YmJC0?si=4e5ec5eaf6944c93  

Anda sedang bersedih kerana tidak dapat balik kampung? Lagu Raya ini pasti menaikkan semula semangat anda. Anda akan tertarik dengan rentak bercirikan Irama Malaysia ini dan lenggok suara TokTi. Lagu yang didendangkan ini pasti membuatkan anda sambal membalut ketupat, sambil goyangkan badan mengikut rentak lagu ini.

4. Selamat Berhari Raya oleh Rahimah Rahim

Dimulai dengan dendangan muzik yang rancak, jika menghayati bait-bait lirik indah ini, anda pasti tidak sedar lagu ini sebenarnya luahan hati kerinduan mereka yang terpaksa bekerja semasa Hari Raya. Lagu raya yang indah ini didendangkan oleh biduanita Rahimah Rahim, kekal malar segar hingga kini.

5. Seloka Hari Raya oleh Uji Rashid, Hail Amir

https://open.spotify.com/track/5eqaQQMiGrP1LWUvXyqLbV?si=c8b3e5ef26c94567 

Menampilkan dua bintang ikonik era 70-an, Uji Rashid dan Hail Amir, ‘Seloka Hari Raya’ mempunyai melodi dan lirik yang memikat hati dengan mesej yang penuh makna. Lagu yang memaparkan suasana keriangan dan kegembiraan semasa menyambut Hari Raya.

6. Bersama di Hari Raya oleh Cenderawasih

https://open.spotify.com/track/7FpwJEve44YORFJ04Obu63?si=8bbc35eba2b349a6 

Bagi mereka yang membesar sekitar era 80-an pasti mengenali kumpulan  Cenderawasih ini. Kumpulan adik-beradik perempuan bukan Melayu yang dianggotai Irene Savaree bersama kakaknya, Helen Savaree ini telah meraih populariti tinggi melalui rakaman lagu-lagu yang memikat kalbu dan antaranya ialah lagu Bersama di Hari Raya.

7. Indahnya Beraya Di Desa oleh Azlina Aziz

https://open.spotify.com/track/1kfMvCj7gGd5zfqx5gtZPo?si=0448134dd4c84abb 

Lagu yang amat meruntun hati dan perasaan kerana ianya mengingatkan kita kepada kampung halaman yang tercinta. Benar-benar ingin membuatkan kita ingin menelefon keluarga di kampung pabila mendengarnya. Bukan begitu?

8. Suasana Hari Raya oleh Datuk Sharifah Aini

https://open.spotify.com/track/5trvCfpY0qvQSlu41S7NvJ?si=1011ac97abd04bb9 

Senarai ini takkan lengkap tanpa lagu klasik dendangan mendiang Dato 'Sharifah Aini. Dengan rendang, ketupat dan kuih-muih disertakan ke dalam lirik, sudah cukup untuk membuatkan air liuh kita meleleh sambil menantikan keriangan di Hari Raya.

9. Bersyukur Seadanya oleh Hael Husaini

https://open.spotify.com/track/5Jqrn0JiV1vA5FAwgEioD3?si=21b0cf88c9b246e5 

Merupakan salah satu lagu Raya kontemporari berkonsep moden yang mendapat tempat di hati pendengar melalui lirik dan melodi yang menarik dan mudah dinyanyikan. Selain itu, anda pasti takkan lupa dengan konsep video lagu ini yang seakan-akan Dua Lipa.

10. Kepulangan Yang Dinanti oleh Aman Shah

https://open.spotify.com/track/4eATiiwFJqsKFGG1lvgNrl?si=e277efad5f344653 

Antara lagu yang menggamit kerinduan untuk balik kampung. Langkau lagu ini jika anda tidak mampu menahan emosi anda dengan dendangan lagu yang meruntun jiwa ini. Atau, ianya dijadikan sebagai lagu yang sangat indah untuk disenaraikan dalam playlist Raya anda.

11. Dendang Perantau oleh Tan Sri P.Ramlee

https://open.spotify.com/track/375AIniFQ3mRLmjzNRz2E0?si=e7f89238e25041d1 

Dan akhir sekali, adalah lagu klasik kekal sepanjang zaman yang didendangkan indah sekali oleh Tan Sri P. Ramlee. Walau di zaman moden ini, suara P. Ramlee yang menenangkan jiwa juga memperlihatkan gaya hipster ‘old school’, tak lapuk dek zaman Datuk dan nenek juga akan bersetuju dengan pilihan lagu Raya ini.

Sumber: https://open.spotify.com/playlist/37i9dQZF1DX1kqLSAZSw7o 

Kesimpulan

Seperti semua perayaan, muzik memainkan peranan yang amat penting dalam menghidupkan suasana. Oleh itu, setelah kami memberikan idea untuk senarai playlist Raya anda, jangan malu-malu untuk kongsikan lagu Raya kegemaran anda dengan kami di laman media sosial kami atau di ruangan komen ini.

Dan, untuk pengalaman muzik yang lebih baik untuk menghidupkan suasana Raya anda, anda boleh meneroka siri-siri iPhone 8 dan 11 pra-milik yang diperakui. Kami menawarkan harga yang lebih rendah bersempana Hari Raya ini dengan diskaun RM100 pada setiap pembelian apabila anda menggunakan kod promo RM100LOWER.

Seluruh warga CompAsia ingin mengucapkan: Selamat Hari Raya Aidilfitri; Kekal Selamat Kekal Sihat sepanjang musim perayaan yang penuh kegembiraan ini.

Leave a comment

All comments are moderated before being published