Kisah hidup DuckiePi – Komputer mikro memberikan perubahan yang besar

Kisah hidup DuckiePi – mencari penyelesaian kepada e-waste dan celik digital di dalam kotak kuning yang kecil

Teknologi sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita, namun sukar untuk dipercayai bahawa lebih daripada 40 peratus penduduk dunia masih lagi tidak memiliki akses ke internet (Statista 2021). Dan tanpa akses ke internet, anda dapat membayangkan bagaimana ianya mampu melumpuhkan seluruh komuniti, bagaimana ianya mempengaruhi peluang untuk perniagaan dan pendidikan.

Pada spektrum yang lain, lebih daripada 50 juta tan metrik bahan sisa elektronik dihasilkan setiap tahun (Statista, 2019). Di CompAsia, tujuan kami adalah untuk memaksimumkan peranti mampu-milik sementara meminimumkan e-waste. Oleh itu, ketika kami mendengar inisiatif daripada seorang pelajar untuk menggunakan semula komponen elektronik untuk membuat komputer mikro kos rendah untuk memperkasakan mereka yang kurang bernasib baik, kami amat teruja dengan idea tersebut. Bernard, seorang pelajar Sains Komputer dari Taylor's, telah berusaha merekacipta dengan gigih untuk menghasilkan ini yang dipanggil DuckiePi.

Apa itu DuckiePi?

Tidak, ini bukan trend terkini makanan Malaysia. DuckiePi adalah komputer mini dengan kos efektif namun tetap berkuasa. Komponen utama DuckiePi adalah komputer Raspberry Pi yang disarungkan di dalam kotak kuning kecil. Ianya mampu dipasangkan ke internet, mempunyai bluetooth, 4 port USB, 2 port micro-HDMI, dan 1 input audio. Peranti ini menggunakan Sistem Operasi Chromium yang dioptimumkan untuk Google, dan dapat menjalankan tugas-tugas lain seperti persidangan video, pengurusan fail, dan menjalankan program, antara salah satu keupayaannya. Suatu yang mengejutkan, sistem operasinya  sangat lancar walaupun bersaiz poket.

Berapakah kos pembuatannya?

Jumlah kos keseluruhan untuk DuckiePi berfungsi sepenuhnya hanyalah serendah RM400. Kira-kira 250% lebih murah daripada komputer yang anda dapati di pasaran hari ini. Melalui usaha yang tiada henti dalam pencarian sumber dan berhubung dengan pelbagai pihak, Bernard membeli komponen secara pukal, yang membolehkannya membantu mengurangkan kos pembuatan ini. Dengan kos seunit yang lebih murah, beliau mensasarkan untuk menyediakan kebolehan akses digital kepada komuniti yang dapat manfaat dari inisiatif ini.

Inspirasi di sebalik projek ini? 

Bernard pada mulanya amat meminati komputer melalui permainan. Pada usia 17 tahun, beliau menemui pengkodan dan memulakan pendidikan formal dalam sains komputer. Sepanjang perjalanan ini, beliau menemui impak teknologi kepada komuniti. Diinspirasikan dari Elon Musk, beliau juga ingin menolong mereka yang lain melalui inovasi.

Apakah perancangan DuckiePi selepas ini?

Matlamat seterusnya adalah mengurangkan kos dan menyediakan lebih banyak komputer DuckiePi kepada komuniti yang memerlukan. Bernard juga sedang mencari sumber komponen dari peranti pra-dimiliki atau yang sudah usang. Projek DuckiePi bukan sahaja dapat membantu komuniti yang memerlukan, namun usaha sedemikian juga akan membantu mengurangkan e-waste.

InstaCash X DuckiePi 

Dengan kesungguhan dan visi Bernard untuk masa depan yang lebih cerah dan berlestari telah memberi inspirasi kepada kami di CompAsia; kerana kami juga merupakan penyokong utama untuk meminimumkan e-waste. Kami bekerjasama dengan Taylor dalam projek DuckiePi untuk membantu mengumpulkan dana. Trade-in peranti anda dengan kami dan kami akan memberi anda tambahan RM30 untuk setiap nilai peranti anda dan menyumbangkan RM10 untuk projek DuckiePi. Untuk maklumat lebih lanjut, layari: instacash.compasia.com

Masa depan planet adalah di tangan kita. Ayuh, sertai kami untuk melakukan perubahan, satu peranti pada satu masa.

Leave a comment

All comments are moderated before being published