Mengapa Memiliki Dua Telefon Pintar Adalah Suatu Pilihan Yang Baik

Pada masa kini, telefon pintar segalanya adalah mengenai storan yang lebih bear, sistem pemprosesan yang lebih pantas dengan skrin definisi tinggi; apabila kesemua ciri-ciri ini digabungkan, ianya dianggap suatu peranti yang hebat. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, harga model lama juga mulai menurun. Ini adalah salah satu sebab mengapa memiliki telefon pintar kedua adalah idea yang bijak, selain hanya bergantung kepada satu peranti sahaja. 

 

Satu untuk pekerjaansatu untuk permainan 

Suatu perkara yang amat menjengkelkanketika sedang asyik bermain Mobile Legends, tiba-tiba anda mendapat panggilan. Permainan ataupun 'games' merupakan salah satu komponen yang penting terdapat dalam telefon pintar. Selain itunotifikasi dari permainan, media sosial yang diterima boleh mengganggu tumpuan bagi mereka yang sedang bekerja. 

Produktiviti kerja anda juga dapat dipertingkatkan dengan memiliki telefon yang dikhaskan untuk bersantaimanakala telefon kedua pula khas untuk bekerja. Pastikan anda menggunakan aplikasi yang bersesuaian mengikut jenisperanti yang dikhaskan, dan hanya membawa peranti semasa anda di tempat kerja atau untuk bermain 'games'.

  

Jurnal yang tiada penghujungnya 

Dari hasil kajian yang dijalankan, terbukti bahawa jurnal baik untuk kesihatan mental kita. Namun begitu, mempunyai jurnal dalam satu peranti boleh membawa kepada kesan negatif jika tidak digunakan dengan betul. Contohnya, anda sedang menulis tentang pengalaman yang tidak menyenangkan yang sedang dialami di tempat kerja, dan dalam masa yang sama anda menerima e-mel dari tempat kerja. Jurnal seharusnya menjadi suatu ritual yang suci dan anda seharusnya melakukannya di ruang yang bebas dan suasana yang anda inginkan. Sebaik-baiknya, pertimbangkan untuk menggunakan telefon kedua sebagai tempat yang dikhaskan untuk jurnal anda dan juga menyimpan memori indah, seperti cara Marie Kondo. 

 

Telefon sokongan‘safety-net’ 

Telefon anda amat berharga. Bukan sahaja ianya membantu menjimatkan kos, namun ianya juga menyimpan semua kenangan di dalam telefon peribadi anda. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, telefon kedua seharusnya digunakan sebagai sebagai telefon sokongan. Ini adalah telefon yang akan anda bawa bersama ke kelab, konsert, atau percutian. "Namun, bagaimana pula jika ingin mengambil gambar?". Dengan telefon yang kini turut berfungsi sebagai kamera, sebenarnya harga kamera jauh lebih berpatutan dan mampu menghasilkan gambar yang tidak dapat dilakukan oleh telefon pintar anda. Cuma, jangan hilangkan kamera anda ya. 

  

Gunakannya sebagai alat membantu pendapatan sampingan anda 

Kini, kebanyakan perniagaan dijalankan secara terus dari satu peranti. Seluruh perniagaan dapat dipantau melalui telefon pintar, dan 'influencers' membuat kandungan digital menggunakan hanya telefon pintar sahaja. Gunakan telefon kedua anda sebagai alat membantu pendapatan sampingan anda. Dengan telefon tersebut, anda boleh mencipta buku masakan bergambar, mengambil gambar, dan sebagainya.

  

Jadikan sebagai sumber gudang ilmu pengetahuan 

Dengan penciptaan aplikasi-aplikasi seperti Audible, Apple Books, Google Play Books, Duolingo dan lain-lain lagi, anda hanya mempunyai akses kepada sumber gudang buku dan ilmiah. Daripada mempunyai rak yang dipenuhi dengan buku, anda boleh memililiki perpustakaan sendiri dengan hanya menyimpannya di dalam telefon pintar anda. Dengan penggunaan 'Audiobooks', ianya bukan sahaja menyenangkan tugas anda, namun ianya juga membantu perkembangan minda.

  

Pusat kawalan untuk seisi keluarga 

Siapa kata peranti-peranti perlu diasingkan? Dengan hanya menggunakan satu peranti dan aplikasi yang betul, anda boleh membuat pusat kawalan untuk seisi keluarga. Letakkan peranti di kawasan umum dan benarkan semua ahli keluarga memasukkan lokasi mereka, mengisi senarai belanja mingguan atau membahagikan tugas semasa di rumah. Anda juga boleh mendapatkan satu akaun Netflix yang hanya dapat diakses pada peranti kawalan sahaja. Ini juga salah satu cara yang bijak untuk mengawal jumlah masa yang digunakan oleh anak-anak anda bagi tujuan hiburan. 

  

Kesimpulannya 

Ini adalah beberapa cara telefon kedua dapat memberi manfaat kepada kehidupan anda. Lebih-lebih lagi, anda tidak memerlukan kad SIM kedua, juga tidak perlu memiliki peranti yang hebat, cukup hanya dengan WiFi yang bagus. Sekiranya anda ingin mendapatkan telefon kedua dengan kualiti yang baik, anda boleh melayari shop.compasia.com untuk mendapatkan peranti yang diperbaharui dengan harga terendah. Jika anda ingin memberikan cadangan untuk telefon kedua anda, jangan malu-malu untuk untuk memberikan komen di laman media sosial kami. 

Leave a comment

All comments are moderated before being published