‘Mobile Games’ Paling Viral di Malaysia 2021 _CompAsia Malaysia

Permainan telefon mudah alih atau ‘mobile games' telah mengubah dunia peranti pintar menjadi lebih baik. Bermula dari permainan Snake oleh Nokia yang sememangnya tidak dapat dilupakan, permainan mudah alih telah berkembang jauh di luar jangkauan kita. Sesetengahnya pula mampu menyaingi permainan konsol dengan grafik yang menakjubkan dan jalan penceritaan yang menerujakan. Berikut adalah beberapa Mobile Games paling top di Malaysia pada 2021 tanpa mengikut urutan. 

Genshin Impact   

Permainan ini mendapat sambutan hangat di kalangan pemain Malaysia kerana tarikan visualnya yang luar biasa dengan plot permainan yang boleh membuat  pemainnya ketagih. Terdapat pelbagai bentuk penawaran menarik oleh permainan yang menakjubkan ini; ianya mempunyai elemen gacha, suatu dunia terbuka yang akan membuatkan anda ingin terus menerokai permainan ini. Anda boleh memilih untuk membuat pelan strategik solo dan juga membentuk mekanik bermain secara berpasukan. Semua elemen ini membuatkan anda terus tertumpu kepada permainan ini dan ya, menimbulkan 'ketagihan'.

 

PUBG 

PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan terbesar bukan hanya di Malaysia sahaja, malah di peringkat global. Ia menimbulkan suatu ketagihan, sehinggakan telah dilarang di beberapa buah negara. Nasib baik di Malaysia, kita masih boleh terus bermain PUBG tanpa sebarang isu. PUBG secara ringkasnya, merupakan salah satu stail permainan Battle Royale, permainan menembak yang membolehkan anda memilih perspektif pertama atau ketiga. Apabila permainan berlangsung, peta akan semakin mengecil sehingga hanya tinggal seorang sahaja pemain atau pasukan terakhir. Peminat permainan Hunger Games pastinya akan menghargai konsep permainan sebegini.

 

Garena Free Fire  

Bagi mereka yang mencari alternatif menembak ala-ala gaya Battle Royale, Garena Free Fire telah diiktiraf oleh ramai pemain dan dianggap lebih kurang setaraf dengan PUBG. Permainan ini mempunyai persamaan dari segi corak permainan, penyesuaian dan gaya, walaupun ramai pemain menuntut ianya menyediakan gaya kelancaran permainan yang lebih baik terutama bagi peranti berkuasa rendah. Bagi peminat Battle Royale yang tidak memiliki peranti keupayaan pemprosesan yang tinggi, Garena Free Fire semestinya pilihan yang bijak.

 

Mobile Legends   

Mobile Legends  merupakan suatu arena pertempuran Multiplayer dalam talian telefon mudah alih atau MOBA yang dimainkan secara meluas di seluruh negara Asia. Peminat permainan seperti Dota 2 atau League of Legends tentunya akan menghargai permainan yang dipermudahkan ini dengan spektrum yang berwarna-warni untuk dipilih oleh pemain. Jangka masa permainan ini juga agak pendek, membolehkan masa untuk bermain MOBA ditetapkan antara 15-25 minit.

 

eFootball PES  

Pengalaman permainan peranti mudah alih bola sepak oleh Konami ini mensimulasikan permainan bole seperti menggunakan konsol. Dengan rekaan visualnya yang mengkagumkan sudah cukup membantu anda untuk membezakan pemain yang sedia ada. Terdapat juga pelbagai ciri multiplayer dan fungsi unlockable yang merupakan salah satu fungsi yang sentiasa menarik peminat pemain bola sepak untuk terus kekal bermain.

Dengan rekaan visualnya yang mengkagumkan sudah cukup membantu anda untuk membezakan pemain yang sedia ada. Terdapat juga pelbagai ciri multiplayer dan fungsi unlockable yang merupakan salah satu fungsi yang sentiasa menarik minat peminat pemain bola sepak untuk terus kekal bermain. 

 

Coin Master  

Anda mungkin telah melihat iklan yang memaparkan Cardi B, Jennifer Lopez dan dan Kris Jenner, ini jelas terbukti bahawa permainan mudah alih secara kasual ini memilik bajet yang besar disebabkan popularitinya yang meluas. Mekaniknya amat mudah, anda hanya perlu putar, menangi duit syiling dan aksi, bina dan pertahankan kawasan anda. Dengan ratusan tahap dan interaksi antara pemain, Coin Master sememangnya suatu permainan yang amat menyeronokkan dan akan membuatkan anda ingin memiliki lebih lagi.

 

Kesimpulannya 

Permainan atau Games adalah suatu cara yang baik untuk meluangkan masa dan berinteraksi dengan rakan andaTerdapat permainan yang memberikan inspirasi  kepada kita dan semangat kerjasama dengan rakan-rakan, dan ada juga permainan yang mencetuskan persaingan yang hangat. Jika anda tidak bermain permainan dengan telefon anda, anda boleh dianggap sudah jauh ketinggalan! Adakah anda sedang mencari telefon yang hebat untuk meningkatkan prestasi pengalaman permainan anda? iPhone 11 Pro Max atau Samsung Galaxy S10 merupakan pilihan yang sangat tepat. Dapatkan mereka dengan harga berpatutan di shop.compasia.com.

 

Leave a comment

All comments are moderated before being published