Panduan Pembelian Telefon Pintar Pertama Untuk Anak Anda

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi, kanak-kanak juga semakin celik teknologi meskipun dalam usia mereka yang masih muda. Kini, anak-anak kecil sudah bijak mengetik, ‘swiping’, dan mengambil gambar sendiri tanpa perlu diajar. Akhirnya, anak anda akan meminta untuk memiliki peranti mereka sendiri. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab yang hidup di abad ke-21, patutkah anda mengikut kehendak mereka? Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil? Berikut adalah cadangan kami dari sudut pandangan sebagai ‘tech lover’. 

  

Lakukannya atas sebab yang baik 

Sebelum anda tunduk kepada permintaan mereka, seelok-eloknya duduk berbincang dengan mereka terlebih dahulu dan ketahui punca mereka inginkan peranti tersebut. Adakah ianya disebabkan oleh tekanan dari rakan sebaya? Ataupun untuk tujuan komunikasi dengan lebih mudah bersama anda? Anda perlu fahamkan anak anda bahawa memiliki peranti adalah satu tanggungjawab yang besar buat mereka. Selitkan juga beberapa pengajaran dan pengalaman yang anda boleh kongsikan dengan anak anda. 

 

Mulakan dengan A untuk Apple 

Kami tidak bermaksud untuk kelihatan seperti berat sebelah, namun iOS sememangnya mempunyai platform yang lebih intuitif dan berorientasikan keluarga. Walaupun Google Play Store telah menaik taraf dasar peraturan polisi pada aplikasinya, namun umum mengetahui bahawa Apple pula lebih teliti dari segi polisi keselamatan. Selain itu, iOS lebih mudah untuk dinavigasi, menjadikannya pilihan warga emas dan anak-anak kecil. 

  

Pilih model terbaik 

Walaupun kami menyarankan agar anda memilih iPhone, namun dengan memeberikan anak anda iPhone 12 Max Pro yang baharu mungkin akan memakan dana kolejnya. Anda boleh mempertimbangkan model dari jenama seperti Xiaomi, RealMe, Oppo, atau Samsung. 

Sebagai alternatiftelefon pra-milik adalah pilihan yang sangat baik kerana ia lebih ekonomi namun tetap memberikan pengalaman seperti menggunakan telefon baharu. Anda boleh layari model-model yang sedia ada di shop.compasia.com  

  

Gunakan kuasa anda sebagai ibu bapa 

Ini masanya untuk gunakan ‘kuasa’ anda sebagai ibu bapa melalui fungsi kawalan ibu bapa atau ‘parental control’. Pada sesetengah telefonfungsi ‘parental control’ ini telah tersedia atau boleh dipasang (‘installed’) melalui Google Play Store atau App Store. ‘Parental Control’ membolehkan anda untuk memantau aplikasi yang dipasang oleh anak anda dan juga menjejaki jumlah masa yang digunakan oleh anak anda pada aplikasi tertentuSebagai contohaplikasi sering digunakan antaranya Google Family Link bagi Android, dan Apple Screen Time bagi pengguna iOS. 

 

Elakkan dari tragedi berlaku 

Sekiranya telefon anak anda jatuh, skrin telefon pula hancur, rasa ‘sedih’ yang dialami oleh anak anda, pastinya turut sama dirasai oleh anda. Tragedi ini dapat dielakkan dengan membuat sedikit pelaburan iaitu menggunakan ‘phone cover’ yang kukuh, dan juga pelindung skrin yang baik. Dan seperti yang kami bincangkan tadi, mungkin model telefon baharu bukanlah pilihan tepat untuk anak anda sebagai telefon pertamanya. 

  

Tetapkan Peraturan 

Ketetapan peraturan adalah perlu apabila ianya berkaitan dengan peranti pintarJumlah masa yang dibenarkan untuk anak andaAplikasi yang mana tidak boleh dipasangAdakah terdapat larangan penggunaan telefon di tempat tertentuTetapkan peraturan asas ini terlebih dahulu dengan anak anda sebelum anda membeli telefon tersebut. 

 

Pastikan untuk ‘disconnect’ 

 ‘Ketagihan’ internet boleh berlaku kepada anak anda seperti yang anda boleh lihat sendiri pada orang dewasa. Anda tentunya tidak inginkan anak anda menghabiskan seluruh masa kecilnya dengan perantinya sahaja. Sebagai ibu bapa, anda perlu mencari inisiatif lain untuk alihkan perhatian mereka dari dunia internet buat seketika. Misalnya, anda boleh melakukan aktiviti bersama-sama dalam satu hari, seperti melakukan ekspedisi fotografi. 

  

Kesimpulannya 

Dari sini dapat dirumuskan bahawa perlunya untuk mendapatkan telefon yang berkualiti baik, dengan harga mampu milik, dan juga boleh mengawal penggunaan telefon pintar anak anda. Biarpun dilihat ianya suatu tindakan yang kurang wajar dengan memberikan telefon pintar untuk anak anda, namun begitu, ianya juga adalah suatu pendekatan yang bijak sebagai alat untuk mendidik dan berhubung antara anda dengan anak-anak anda. Peringatan, sentiasa ambil langkah berhati-hati untuk kebaikan anak anda. 

Leave a comment

All comments are moderated before being published