Pembesar Suara Bluetooth Di Bawah Harga RM200 _CompAsia Malaysia

Dengan Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, anda pasti ingin menambahkan kemeriahan suasana hari tersebut dengan penuh kegembiraan diiringi dendangan lagu-lagu Raya. Namun, untuk mendapatkan pembesar suara Bluetooth, mungkin agak memeningkan dari segi membuat pemilihan dengan kehadiran pelbagai jenama di pasaran. Untuk mendapatkan gema bunyi yang terbaik sesuai dengan bajet anda, kami telah mengumpulkan senarai pembesar suara mampu milik di pasaran Malaysia yang mempunyai bunyi yang sedap kedengaran di telinga. Jika ini kedengaran seperti alunan muzik kepada anda, teruskan membaca! 

1- Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 – *RM49.90  

Jangan tertipu dengan saiz pembesar suara yang padat ini oleh Xiaomi. Walaupun saiznya yang mesra poket, ia mampu memberikan prestasi yang mengagumkan. Harganya hanyalah sekitar seperempat daripada bajet RM200, namun memberikan nilai yang besar untuk wang anda. Mampu bertahan selama 6 jam, suatu tempoh yang agak lama juga buat tetamu anda mendengar lagu semasa Hari Raya ini. Ia juga dilengkapi dengan lanyard, jadi anda boleh membawa lagu kegemaran anda ke mana-mana sahaja.

2- Logitech X50 – *RM98  

Pembesar Suara Tanpa Wayar Logitech X50 ini mungkin agak kecil saiznya, tetapi mampu bertahan lama ketika memainkan muzik dengan reka bentuk yang menarik dan kualiti audio yang agak luar biasa. Suatu tawaran yang baik dengan harga RM98. Kualiti suaranya padu dan lantang, menjadikan kehadirannya disedari dalam kesibukan di rumah terbuka semasa Hari Raya nanti. Anda boleh dapatkan warna hijau untuk menambahkan keceriaan Raya anda. 

3- HUAWEI CM510 Mini Speaker – *RM99  

Ingin berparti di kolam renang semasa Hari Raya ini? Tiada masalah. Rekaan seperti canister audio yang menawan ini adalah kalis air dengan Rating IPX4, dan walaupun reka bentuknya agak kecil, namun bunyi dihasilkan agak lantang. Pendengar dapat menikmati bass yang padu dan mengagumkan, terima kasih kepada radiator pasif yang tersembunyi di dasarnya. Ia dihadirkan dalam warna Graphite Black atau Emerald Green, pasti membuatkan Hari Raya anda luar biasa dari sebelumnya.

4- Tribit XSound Go – *RM138  

Anda menjangkakan kehadiran kanak-kanak yang hyperactive di Hari Raya ini? Bagi anda yang tercari-cari pembesar suara Bluetooth yang kukuh dan padat,  Tribit XSound Go adalah pilihan tepat untuk anda. Ia mempunyai Rating IPX7 yang tinggi, tahan penenggelaman penuh. Kualiti kerangkanya juga agak kukuh, mampu bertahan dari kesan perlanggaran dan kejatuhan. Anda juga boleh menggunakannya bersama Siri, Alexa, atau Google Assistant; mengetahui suasana riuh-rendah semasa Raya ini, anda mungkin memerlukan bantuan sokongan.

5- Sony Extra Bass Bluetooth Speaker SRS-XB12 - bermula daripada  *RM159

Sekiranya anda menyukai audio anda dengan BASS tambahan, Sony SRS-XB12 adalah untuk anda! Padat namun berkuasa, pembesar suara tanpa wayar mudah alih SRS-XB12 ini mempunyai BASS tambahan untuk gema bunyi yang kuat dan padu. Dengan Rating IP67 dan direka kalis air, anda tidak perlu risau akan tragedi yang melibatkan habuk atau air. Dengan jangka hayat bateri selama 16 jam, membolehkan anda membawanya dari rumah terbuka ke rumah terbuka lain tanpa perlu dicas.

6- Anker A3109 Soundcore Motion B Portable Bluetooth Speaker - *RM160 

Sekiranya anda ingin meningkatkan bunyi lagu Raya anda ke tahap yang maksimum namun tetap menikmati bunyi yang jelas, Anker Soundcore pastinya memukau anda dan tetamu anda. Ia juga dapat memainkan sekitar 240 lagu dengan sekali cas sahaja. Dengan Rating IPX7, ini menjadikan ianya pesaing kepada Tribit XSound Go untuk 'pool party'.

7- Tribit Stormbox Micro – bermula daripada *RM185  

Tribit Stormbox Micro ini telah dipilih oleh CNET Editor's Choice sebagai "pembesar suara Bluetooth mini mudah alih terbaik" pada tahun 2020. Pembesar suara Bluetooth bersaiz poket ini memberikan pengalaman bass dan kelantangan yang mengagumkan daripada kebanyakan pembesar suara lain yang bersaiz seakan-akan sama.

8- JBL GO2 - *RM289  

Kami ingin akhiri dengan sesuatu yang melebihi nilai RM200. Walaupun RRP JBL GO2 ditandakan dengan harga RM289, anda dapat memperolehinya dengan harga lebih rendah sehingga mencecah RM209. Salah satu ciri utama pembesar suara Bluetooth ini adalah reka bentuknya yang menawan. Dengan 12 pilihan variasi warna, ianya mampu menjadi penyeri tambahan untuk ruang anda. Ianya juga kalis air, jadi bilik bilik mandi tidak terkecuali.

Kesimpulan  

Jadi, bagaimana anda memilih pembesar suara Bluetooth yang terbaik untuk anda? Ianya bergantung. Berapa besar bajet anda, dan ... kadar keriuhan saudara mara anda? Dengan harga serendah RM40 namun kualiti audio agak bagus, anda tidak perlu untuk berbelanja lebih. 

Begitu juga dengan telefon pintar yang kita bawa. Ramadan ini, kami ingin membantu anda dalam membuat pemilihan lagi melalui tawaran promosi yang menarik dari kami. Anda boleh dapatkan DISKAUN RM50 untuk semua model kami dengan menggunakan kod promo "RAMADAN50" semasa transaksi. Terdapat pelbagai pilihan telefon pintar yang anda boleh miliki dengan harga yang berpatutan. Layari https://shop.compasia.com/ sekarang!

*Penafian:  Harga yang ditunjukkan hanyalah anggaran. Harga mungkin berubah-ubah mengikut promosi atau sebaliknya.

Leave a comment

All comments are moderated before being published