Apakah Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Pencarian Telefon Anda Yang Seterusnya? _CompAsia Malaysia

Apakah yang perlu dilihat dalam pencarian telefon anda yang seterusnya?

Dalam pencarian untuk membeli telefon baru, sememangnya mudah untuk kita tenggelam dalam lautan bahasa jargon teknologi. Ini sesuatu yang amat mengecewakan apabila anda tidak tahu maksudnya. Artikel ini akan memudahkan anda dari segi perkara yang harus anda perhatikan ketika mempertimbangkan ketika ingin membeli telefon baharu.

RAM

RAM adalah dari ringkasan ‘random access memory’ atau memori akses rawak, yang membantu untuk penyimpanan akses dengan pantas yang membolehkan telefon anda menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak. Ianya menjadikan peranti anda berjalan lebih pantas. Namun sebenarnya, anda tidak memerlukan RAM yang tidak masuk akal supaya telefon anda dapat berjalan lebih lancar.

Pilih 3-8 RAM

Kadar Penyegaran

Biasanya diukur dalam Hz, iaitu jumlah berapa kali skrin disegar semulakan. Ini termasuk kepada visual skrin dan juga item pegun. Sebilangan besar telefon pada masa kini mempunyai kadar penyegaran 60Hz, dan model terkini mampu mencecah sehingga 90Hz ke atas. Walaupun kadar penyegaran yang lebih tinggi mungkin kelihatan menarik, kadar penyegaran 60Hz hingga 90Hz sebenarnya sudah mencukup. Kesan kadar penyegaran yang rendah biasanya akan dialami setelah lama telefon tersebut digunakan.

Pilih 60-90 hz

Biometrik

Kebiasaannya dihadirkan dalam bentuk sensor cap jari, sama ada pada skrin atau di butang sisi. Sekadar pandangan, cap jari pada skrin hanyalah suatu gimik taktikal penuh muslihat dan cenderung untuk membuatkan telefon anda tidak berfungsi dengan baik ketika anda menggunakan pelindung skrin. Walaupun ciri ini bagus untuk dimiliki, namun ianya bukanlah suatu keperluan.

Anda boleh abaikan fungsi ini

Skala penilaian IP

Ini menentukan ketahanan peranti anda terhadap air mahupun debu. IP bermaksud perlindungan kemasukan (ingress protection) dan IP biasanya dihadirkan dengan dua digit. Digit pertama yang bermula dari 1 hingga 6 merujuk kepada pepejal seperti habuk dan digit yang kedua berskala 1-8, merujuk kepada cecair. Fungsi seperti ini adalah bagus untuk dimiliki dan dapat menyelamatkan anda dari tragedi melibatkan tumpahan air. Namun begitu,  jika telefon anda tidak mempunyai penilaian IP, anda hanya perlu hindarkan mandi bersama telefon anda.

Pilih IP67 dan ke atas

Processor 

Processor telah mencapai sehingga ke satu tahap di mana kebanyakan peranti  dalam kategori pertengahan sehingga ke terunggul (flagship) masih dapat memberikan prestasi yang baik sehingga 1-2 tahun. Nama-nama terkenal yang mungkin anda pernah dengari termasuk processor Bionic dari Apple, Snapdragon, Exynos dan Kirin. Sekiranya anda sedangg mencari prestasi terunggul, ianya adalah A14 Bionic untuk Apple, Snapdragon 888 untuk kebanyakan Android dan Exynos 2100 untuk Samsung.

Pilih A13 dan ke atas untuk Apple, Snapdragon 865 dan ke atas untuk Android

Kamera

Pemilihan untuk kamera sememangnya sukar. Ini adalah kerana, walaupun terdapat ciri-ciri mengagumkan dipaparkan, namun kualiti foto adalah berbeza sama sekali. Megapixel tinggi hanya bermaksud bahawa gambar anda dapat diperbesarkan dengan kualiti tetap kekal. Kemudian terdapat pula lebih banyak lensa, rakaman video dan keupayaan zoom untuk dipertimbangkan. Kami sarankan agar anda memilih 8 megapixel dan ke atas. 

Pilih 8 megapixel dan ke atas

Bateri

Ciri ini amat penting dalam pemilihan telefon anda. Tidak ada yang lebih menjengkelkan seandainya anda perlu menngecas telefon anda setiap masa. Walaupun menggunakan powerbank, namun anda melihat bateri telefon anda hanya sekitar 30%, ianya adalah suatu pengalaman yang mengecewakan. Ianya bukan suatu yang normal untuk anda selalu mengecas telefon anda semalaman. Oleh itu, pastikan telefon anda dicas dengan pantas dan mempunyai kira-kira 2000 mAh dan ke atas.

Sekurang-kurangnya 15W pengecasan pantas + 2000 mAh dan ke atas

Sekarang anda sudah ketahui apakah yang harus dipertimbangkan dalam pembelian telefon, inilah masa terbaik untuk membeli-belah telefon! Anda boleh lihat tawaran hebat kami di shop.compasia.com

Leave a comment

All comments are moderated before being published