Clubhouse – Mengapa Popularitinya Melonjak Naik Tiba-tiba? Dan Adakah Anda Berminat? _CompAsia Malaysia

Psst… Adakah anda sudah menerima undangan untuk sertai Clubhouse? 

  

Apa itu Clubhouse dan siapa yang menggunakannya? 

Pada dasarnya, Clubhouse merupakan salah satu lagi laman media sosialIanya menghubungkan pengguna dalam talian seperti Facebook atau Instagram, dan ianya juga turut membenarkan pengguna untuk bertukar info antara satu sama lain. 

Namun begitu, Clubhouse berbeza dari segi cara ianya berinteraksi. Platform media sosial berasaskan audio-secara-undangan sahaja ini, memberikan anda pengalaman dengan hanya mendengar perbualan melalui panggilan digital sahaja. Anda tidak akan mendengar gossip-gosip murahan di sini, sebaliknya kebanyakan topik perbualan memfokuskan kepada  perbincangan isu penting dan hal semasa. 

Penyertaan daripada tokoh-tokoh kenamaan seperti Elon Musk, Kevin Hart, bahkan mantan Perdana Menteri Najib Razak di Clubhouse adalah salah satu punca yang menyebabkan populariti aplikasi ini mendapat sambutan hangat. 

  

Siapakah yang menciptanya? 

Idea Clubhouse ini dicetuskan oleh Paul Davison dan Rohan Seth. Ianya dilancarkan pada Mac 2020, semasa kemuncak pandemic COVID19 sedang melanda seluruh dunia. 

Bagaimana untuk saya menyertai Clubhouse? 

Mula-mulaanda memerlukan jemputan untuk masuk ke Clubhouse (sementara ituanda boleh mendaftarkan nama pengguna anda terlebih dahulusupaya ianya akan tersedia ada apabila anda mendapat jemputan). Buat masa iniianya hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja (walaupun begitudikatakan versi Android akan dikeluarkan dalam beberapa minggu tidak lama lagi buat pengguna Android. Jadi pengguna Andaroidanda boleh menarik nafas lega  ) 

  

Sebaik sahaja sudah masuk ke Clubhouse, anda boleh membuat carian topik yang menarik minat anda, dan anda boleh terus sertai perbincangan tersebut – jika anda pendengar yang pasifusah risauPengguna juga boleh menyertai perbualan secara terus dengan pakar-pakar dalam topik tersebut. 

  

Sebagai ahli dalam Clubhouse, anda boleh berbincang apa jua topik dengan lebih santaiPerbualan tidaklah terlalu formal seperti perbincangan secara bersemukanamun sebenarnya lebih formal dan fokus dari forum yang biasa anda hadiri sebelum iniataupun dari menerima komen-komen memalukan seperti di Facebook yang ditulis tanpa membuat sebarang pertimbangan. 

  

Apakah jenis-jenis topik perbincangan di dalamnya? 

Topik perbincangkan di Clubhouse merangkumi sukan dan teknologi sehingga kepercayaan dan kesihatanDengan topik hangat yang dibawakan oleh barisan pemimpin yang hebat ini, Clubhouse terus menarik minat pengguna untuk menyertainya. 

  

Berapa ramai boleh sertai di dalam satu perbincangan? 

Clubhouse boleh menampung seramai 5000 orang dalam satu chatroom pada satu masa. Namunketika perbincangan melibatkan tokoh ternama  Elon Musk baru-baru ini, had sebegitu membuat ramai yang kecewa. Nasib baikpengguna dapat membuat live-stream  dan memuat naik kandungan perbualan tersebut menerusi Youtube. 

  

Bagaimana saya ingin menyertai perbincangan tersebut? 

Sesiapa yang ingin menyertai perbincanganhanya perlu ‘angkat tangan’ untuk kongsikan pandangan merekaNamun begitusila ambil maklum ianya bergantung kepada moderator untuk memberi kebenaran kepada anda. 

  

Kesimpulannya 

Melalui perbincangan yang berlangsung secara lisan sahaja, Clubhouse sebenarnya secara halus  telah menapis serangan dari ‘keyboard warriors . Sebarang respon atau maklum balas yang ingin diberikan akan dipertimbangkan dengan lebih telititerutamanya ketika berinteraksi dengan tokoh-tokoh  kenamaan seperti Oprah Winfrey atau Jared Leto. 

Oleh itusekiranya anda tidak sabar menunggu versi Android dan ingin menjadi sebahagian daripada Clubhouse secepat mungkinanda boleh mendapatkan iPhone dengan harga lebih murah di shop.compasia.com dan kami akan temui anda di Clubhouse! 

Leave a comment

All comments are moderated before being published