Mobile Games Menyeronokkan Untuk Bermain Dengan Pasangan _CompAsia Malaysia

Apabila ingin menyambut hari istimewa bersama pasangan, adakah anda membayangkan diri anda keluar makan malam serba mewah, atau adakah anda lebih suka memesan makanan dari Grab dan lepak bermain games di rumah dengan pasangan anda?


Jika anda lebih cenderung kepada pilihan kedua, berikut ialah beberapa games yang sesuai untuk dua pemain yang boleh anda muat turun secara percuma untuk membantu anda berjimat apabila menyambut hari istimewa.


Tic Tac Toe Lite

Hampir semua orang tahu cara bermain tic tac toe. Anda boleh merapatkan hubungan dengan pasangan dengan mudah (atau anda mungkin akan bergaduh…) melalui game ini. Aplikasi ini mudah difahami, setiap kali anda log masuk, anda boleh memilih untuk bermain dengan rakan atau komputer. Terdapat empat saiz papan untuk dipilih, 3x3, 6x6, 9x9 dan 11x11. Pilih papan yang lebih besar jika anda mahukan cabaran.


Perkara yang kami suka: Aplikasinya yang simple.

Perkara yang kami tidak suka: Iklan! Berhati-hati dengan iklan berdurasi satu minit setiap kali anda telah menamatkan permainan. Ia amat menjengkelkan terutamanya jika anda berada dalam mood untuk berlawan semula.


Psych!

Adakah pasangan anda nerd peminat trivia? Anda berdua perlu muat turun Psych!. Ia seperti racangan pertunjukan permainan tetapi untuk telefon anda. Pilih daripada pelbagai kategori seperti ‘Acronyms’, ‘Search History’, ‘Caption This’ dan setelah anda memutuskan kategori, anda akan diberikan kod rahsia. Masukkan kod tersebut apabila anda ingin bermain bersama pasangan anda. Permainan ini juga sesuai untuk kumpulan kecil.

Perkara yang kami suka: Permainan ini AKAN memaksa anda untuk menjadi kreatif kerana anda perlu membuat jawapan yang palsu namun boleh dipercayai untuk mengelirukan pasangan anda.

Perkara yang kami tidak suka: Tidak semua kategori adalah percuma dan walaupun dua orang adalah keperluan minimum untuk bermain permainan ini, ia mungkin membosankan. Hubungi rakan anda yang lain dan rancang double date untuk menjadikan permainan ini lebih menyeronokkan!


SongPop

Uji pengetahuan muzik anda dengan SongPop. Ia adalah aplikasi permainan trivia lagu yang boleh anda main bersama pasangan anda atau secara rawak. Anda boleh memilih dari senarai pilihan lagu 90-an, Rap dan juga pilihan lagu tahun 2000 dan nikmati muzik dengan pasangan anda.


Perkara yang kami suka: Anda mendapat mata tambahan apabila anda menjawab dengan pantas dan memenangi permainan membolehkan anda akses lebih banyak senarai pilihan lagu.

Perkara yang kami tidak suka: Ia boleh menjadi kompetitif dan mengecewakan terutamanya apabila anda tahu lagu tersebut tetapi anda tidak ingat nama lagu atau penyanyinya!

Kahoot!

Berikut adalah satu lagi permainan trivia dalam senarai kami. Kahoot! adalah permainan yang sesuai untuk bermain bersama pasangan sekiranya anda merancang untuk membawa hubungan anda ke peringkat seterusnya. Anda boleh membina siri soalan tentang hubungan anda dan pelajari lebih lanjut tentang satu sama lain. 


Petua: Untuk mengelakkan 'game over' secara maya dan realiti, pastikan anda mempunyai idea tentang jawapan dari pasangan anda! Kami hanya mengesyorkan game ini jika anda berada dalam hubungan yang stabil. #FYI, CompAsia tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana hati yang terluka.


Glow Hockey 2

Glow Hockey 2  ialah aplikasi mudah alih yang menyerupai hoki udara. Tidak dinafikan lebih menyeronokkan untuk bermain versi tradisional tetapi memandangkan kita hidup dalam zaman COVID, adalah lebih selamat untuk memuat turun aplikasi sahaja dan menikmati permainan secara maya. Anda boleh memilih untuk bermain sebagai dua pemain pada peranti yang sama atau bekerjasama dengan pasangan anda dan menentang komputer.


Perkara yang kami suka: Ia akan menyebabkan ketagihan! Anda boleh memilih tahap kesukaran dan memilih puck dan paddles anda.

Perkara yang kami tidak suka: Iklan! Game ini tidak akan seronok sekiranya anda mempunyai tangan yang besar dan telefon kecil.

 

Kesimpulan

Menghabiskan masa berkualiti dengan pasangan anda tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang mahal. Hanya muat turun aplikasi berikut pada telefon pintar anda dan nikmati masa berkualiti bersama. Jika anda ingin menaik taraf kepada peranti original second-hand, kami mempunyai tawaran hebat untuk anda di shop.compasia.com.

Leave a comment

All comments are moderated before being published