Senarai Siri Terunggul Di Netflix Malaysia 2021 _CompAsia Malaysia

Dengan kebanjiran pelbagai jenis pilihan hiburan di Netflix, memang tidak dapat dinafikan kita agak mudah 'sesat' dalam pencarian siri yang menarik untuk ditonton. Dan, banyak masa telah dibazirkan dalam pencarian ini. Seperti yang kita sedia maklum, tidak semuanya perlu ditonton, jadi kami telah menggalas tugas ini dengan menyenarai pendek beberapa siri terbaik yang berbaloi untuk ditonton sama ada ketika waktu siang (dan malam). Senarai ini disusun secara eksklusif dengan mempertimbangkan ahli Netflix Malaysia, kecuali jika anda mempunyai VPN atau tinggal di tempat lain, mungkin ada rancangan hebat lain yang tidak disenaraikan di sini.

Bonding - (18+)

Kami mulakan senarai ini untuk ‘beginners’ dahulu kerana setiap episod Bonding kurang daripada 20 minit. Bonding meneroka gaya hidup alternatif pelajar yang dominan iaitu Tiff dan sahabat baiknya yang gay, Pete. Dalam setiap episod pendek ini, dilimpahi ketawa dengan topik yang di luar kebiasaan.

The Baby-sitters club (13+)

Untuk tontonan yang lebih berorientasikan remaja, kami mempunyai versi terkini dari siri remaja yang popular. Penonton berusia 30-an juga akan menghargai nostalgia yang diselitkan dalam siri yang sihat ini. Walaupun pendekatannya sesuai untuk keluarga, ia turut membawakan topik moden yang ingin disampaikan oleh ibu bapa kepada anak mereka.

The Queen’s Gambit (18+)

Bukan sahaja kerana kesan visual yang menakjubkan, busana dan lakonan yang membuatkan penonton terpesona, namun disebabkan siri The Queen’s Gambit ini yang membuatkan anda melihat permainan catur dalam perspektif yang berbeza. Penonton juga dapat menghayati gaya penulisan skrip yang digarap dengan bijak dan persembahan yang memukau ditawarkan oleh siri ini.

Cobra Kai (13+)

Siapa sangka premis yang terkenal dengan gaya penceritaan akan berada di arena ‘Karate-kid’. Sekarang di musim ketiganya, Cobra Kai dengan bijak berjaya meraih perhatian dari persaingan kisah cinta remaja dan berterusan sepanjang keseluruhan filem Karate Kid.

The Haunting of Hill House (18+)

Jika anda dapat mengendalikan cerita yang mengerikan dalam siri ini, anda akan sedar betapa hebatnya karya penulisan, lakonan dan filemografi dihasilkan oleh siri ini. Secara peribadi, ianya adalah perjuangan antara tidak menginginkan mimpi buruk dengan keinginan untuk ketahui apa akan berlaku seterusnya.

Sense8 (18+)

Sebenarnya, Sense8 membawakan cerita yang tidak masuk akal. Namun begitu, ianya adalah sebahagian daripada penceritaan khayalan, watak dan pelbagai kesan efek khas. Tidak dapat dibayangkan betapa banyak tenaga yang dicurahkan dalam pasca penyuntingan, bahkan juga visi yang diperlukan untuk menghasilkan karya hebat yang kompleks ini.

Kingdom (18+)

Kingdom seumpama rojak yang memiliki pelbagai kategori, tetapi rojak yang enak. K-drama? Ya. Bersejarah? Ya. Aksi? Ya. Zombi? Ya. Semua kategori yang anda inginkan dari satu siri TV boleh didapati di Kingdom dari awal hingga akhir.

Archer (18+)

Sekiranya anda menggemari humor Simpson dengan animasi yang lebih canggih, Archer adalah pilihan untuk anda. Ia berkisar kepada kisah pengintip yang bekerja dengan ibunya. Penulisannya hebat, dengan animasi dan lakonan suara yang luar biasa, tidak hairan ianya dinobatkan sebagai siri animasi yang terkenal dan masih lagi berkekalan sehingga musim ke-11.

Kesimpulan

Oleh itu, inilah dia senarai 8 siri yang terbaik pada pandangan kami. Memandangkan anda sudah memiliki senarai ini, adakah anda masih ingin lagi menonton video dari telefon bimbit kecil lama anda? Tingkatkan pengalaman tontonan anda dengan miliki iPhone 11 Pro Max atau Samsung Galaxy Note 20. Kami memberikan diskaun RM50 untuk semua telefon pintar pada Ramadan ini, jadi jangan ketinggalan! Beli sekarang di shop.compasia.com

 

 

Leave a comment

All comments are moderated before being published