Teknologi Canggih Untuk WOW-kan Saudara Mara Anda _CompAsia Malaysia

Masa untuk bertemu dengan saudara jauh telah tiba lagi. Jom alih perhatian ibu saudara korang daripada tanya bila korang nak kahwin dengan teknologi baru yang gempak. Berikut ialah beberapa peranti hebat yang confirm akan mengalih perhatian semua daripada cerita kahwin korang.


DJI Mavic 3

Kredit: DJI


Ambil potret keluarga gempak dengan DJI Mavic 3! Produk terbaru DJI ini dilengkapi dengan kamera yang luar biasa: kamera 4/3 CMOS Hasselblad dengan dua kanta; kanta 24mm utama dan juga kanta zoom hibrid 28X. Satu lagi ciri menarik tentang drone ini ialah, ia boleh terbang sehingga 46 minit! (secara purata, kebanyakan drone hanya boleh terbang selama 20 minit). DJI Mavic 3 ialah gajet paling mahal dalam senarai ini, berharga sekitar RM9,799.




Kerusi Urut Gaming uThrone S

Kreditt: Lowyat.Net


Mak cik korang mesti selalu busybody suruh jaga postur badan kan? Jika ya, maka kerusi ini memang untuk korang. Bolehlah share tentang kerusi urut gaming uThrone S dari OSIM dengan family korang. Kerusi ini merupakan kerusi urut gaming pertama di dunia dengan teknologi urutan tangan V iaitu teknologi yang menyerupai tangan tukang urut sebenar! Pilih tetapan standard atau suaikan tetapan ikut kesukaan korang menggunakan panel kawalan tersembunyi pada tempat letak tangan kanan. Kerusi ini juga mempunyai pembesar suara premium pada tempat sandar kepala supaya korang lebih fokus semasa bekerja (yelah tu kerja, beli kerusi ni untuk main game kan sebenarnya…?).


RRP: RM2,988
 

Meja Gaming UPPSPEL 

Kredit: IKEA

Memandangkan kita dalam subjek gaming, IKEA baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi perabot gaming hasil kerjasama mereka dengan Asus ROG. Antara produk yang mengagumkan ialah meja UPPSPEL. Ia dilengkapi dengan suis automatik ringkas yang membolehkan korang melaraskan ketinggian meja daripada 140cm kepada 180cm. Meja ini juga dilengkapi dengan port USB yang terbina didalam meja untuk memastikan peranti korang dicas dan meja kelihatan kemas.


RRP: RM2,499


Apple Air Tag

Image Credit: CNET


Nak terbalik rumah cari kunci kereta padahal selama ni dalam poket korang je? Dengan AirTag Apple korang boleh jejaki apa-apa sahaja! Apple AirTag akan maklumkan lokasi barang yang  dijejaki melalui aplikasi Find My. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Apple, ia juga berfungsi dengan iPhone, MacBook, iPad atau jam tangan Apple. Korang juga tidak perlu risau tentang hayat bateri kerana peranti ini menggunakan bateri yang boleh diganti dengan jangka hayat selama setahun.


RRP: RM129

Sony SRS-NB10 Wireless Neckband Speaker

Kredit: Sony


Walaupun kelihatan seperti bantal leher berteknologi tinggi, sebenarnya tidak. Ia adalah pembesar suara! Dengan gabungan silikon dan fabrik, peranti ini direka supaya muat dan selesa di leher korang. Produk ini menampilkan pembesar suara julat penuh yang bersudut ke atas supaya ia boleh menyampaikan bunyi terus kepada korang. Mikrofon yang terbina di dalam produk dengan pemprosesan isyarat audio juga membantu meminimumkan maklum balas dan gema, lalu memberikan kualiti suara yang jelas semasa panggilan. Produk ini dikeluarkan pada September 2021 tetapi masih belum tersedia di Malaysia.

Kesimpulan

Memang bestkan kalau ada teknologi canggih dirumah semasa Tahun Baru Cina? Cara paling mudah untuk membeli produk-produk diatas ialah dengan menjual peranti yang tidak lagi digunakan. CNY ini, kami akan memberikan wang tunai apabila korang trade-in peranti korang. Lawati instacash.compasia.com untuk dapatkan maklumat lanjut.

Leave a comment

All comments are moderated before being published