Tip Meningkatkan Produktiviti Dengan Telefon Pintar Anda _CompAsia Malaysia

Tip meningkatkan produktiviti dengan telefon anda

Dengan hanya terperangkap di rumah sahaja mampu memberi kesan kepada motivasi anda. Garis masa di antara kerja dan masa lapang semakin kabur hari demi hari hari. Dan seterusnya, anda akan mendapati diri anda tidak lagi produktif. Anda kerap melengahkan masa sehingga mengakibatkan jadual waktu anda terganggu.

Sekiranya anda ingin menetapkan semula dan mendapatkan kembali motivasi anda, anda telah sampai ke artikel yang tepat. Dan sebab mengapa kita akan memfokuskan perhatian pada telefon kita dalam artikel ini adalah kerana telefon kita sering menjadi punca kebiasaan penangguhan kita. Artikel ini akan memberikan anda tip untuk mendapatkan kembali kawalan, jadi anda tidak terlalu tunduk kepada gaming atau Netflix sahaja.

  • Kenalpasti waktu kerja anda

Perlu diketahui, sentiasa ada masa untuk bekerja dan masa untuk bermain. Dengan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan ketika berada di rumah, struktur masa kadang-kadang tidak terkawal. Apabila ini berlaku, anda akan tanpa sedar asyik melayari media sosial semasa waktu bekerja. Sekiranya ini adalah anda, kenal pasti waktu kerja anda. Contohnya, dari 9 hingga 12 kemudian 1 hingga 5, anda tidak akan melakukan tugas santai tidak kira sekecil mana pun.

Ini bukannya bermaksud anda akan bekerja berjam-jam tanpa sebarang rehat. Benarkan diri anda berehat selepas 45 minit sehingga sejam bekerja. Tetapi jangan beralih ke telefon anda untuk berehat. Lakukan sesuatu yang membuatkan minda anda segar semula. Buat minuman panas atau makanan ringan.

Anda boleh memasang penggera di telefon anda untuk mengingatkan anda masa untuk bekerja, berehat atau menutup komputer riba.

  • Katakan tidak kepada notifikasi

Notifikasi adakalanya boleh mengganggu tumpuan kita. Anda mungkin dalam kesibukan kerja apabila tiba-tiba menerima notifikasi dari Facebook, memaklumkan anda bahawa rakan sekolah menengah anda baru sahaja bertunang. Dan pastinya, anda ingin mengetahui siapakah tunangnya. Dan satu perkara membawa kepada perkara lain. Tanpa anda sedar, sudah jam 6 petang dan anda sudah melewati tarikh akhir yang ditetapkan. Tidak kira betapa pentingnya notifikasi tersebut, anda harus mematikan notifikasi ketika anda bekerja jika ingin menjadi lebih produktif.

Untuk melakukannya, pergi ke settings, diikuti dengan notification. Anda kemudian akan memilih  aplikasi yang dibenarkan untuk memberi notofikasi kepada anda. Hidupkan notifikasi berkaitan dengan kerja jika anda menganggapnya berguna. Jika tidak, anda boleh mengaksesnya dengan mudah di komputer anda, bagi mengurangkan gangguan.

  • Berkawan dengan calendar

Ambil maklum jadual mesyuarat anda dengan sync kan kalendar kerja dengan telefon anda. Sekiranya kalendar default anda tidak mempunyai fungsi sync, anda boleh memuat turun kalendar Google yang berfungsi dengan cemerlang di hampir semua platform termasuk Microsoft Office. Cuma log masuk dengan e-mel kerja anda dan semak e-mel untuk memaparkan acara akan datang yang berkaitan dengan e-mel tersebut.

  • Senaraikan tugas yang mesti dilakukan

Walaupun ada yang tidak mengesyorkan untuk senaraikan tugas yang mesti dilakukan di telefon anda sebaliknya menulis sahaja, terdapat beberapa kelebihan mempunyai senarai tugas yang harus dilakukan di telefon anda. Salah satunya adalah menetapkan waktu yang harus dilakukan. Daripada hanya menetapkan waktu ketika anda akan memulakan tugas, tetapkan waktu untuk tugas yang sama diselesaikan. Ini memastikan bahawa anda melakukan kemajuan yang baik sepanjang hari.

  • Rehat dengan bijak

Walaupun permainan dan aplikasi media sosial di telefon anda harus dielakkan ketika berehat, ini tidak bermaksud bahawa anda perlu elak dari terus menggunakan telefon anda. Terdapat aplikasi yang tercipta untuk membantu mencerdaskan minda anda dalam waktu singkat.

Cuba aplikasi melatih minda seperti aplikasi Peak atau menenangkan seperti Calm bagi memanfaatkan waktu rehat anda. Anda juga boleh mendengar podcast berkaitan perniagaan bagi memastikan produktiviti anda sentiasa sibuk.

  • Gunakan sepenuhnya Pembantu Peribadi anda

    Bukankah lebih mudah sekiranya anda memiliki pembantu peribadi untuk membantu anda dalam tugasan yang remeh? Sebenarnya, anda memilikinya dalam bentuk Pembantu Peribadi di telefon anda. Hanya panggil sahaja Siri atau Google untuk membantu anda menetapkan mesyuarat, membalas mesej, mengingatkan tarikh akhir seterusnya, memberikan anda petikan kata-kata motivasi dan juga  untuk menterjermahkan maksud "ROI" oleh bos anda. Anda akan terkejut dengan kemampuan Pembantu Peribadi telefon anda yang dapat dilakukan hari ini.

    Kesimpulan

    Oleh kerana kita berada dalam situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini, kita juga perlu lebih terbuka dengan cara luar biasa supaya membantu kita lebih menyesuaikan diri. Syukur, peranti kita turut berkembang dengan pelbagai cara bagi membantu kita menjadi lebih produktif, sekiranya kita menggunakannya dengan betul. Jika anda sedang mencari telefon yang lebih baik untuk meningkatkan produktiviti anda, anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkannya dengan harga lebih berpatutan di shop.compasia.com. Bukan sahaja telefon pra-milik kami lebih berpatutan, malah ianya juga lebih baik untuk planet ini. Kami turut memperkenalkan Rely Installments, yang membenarkan anda membahagikan pembayaran selama 3 bulan, menjadikan telefon kami lebih berpatutan untuk anda miliki.

    Leave a comment

    All comments are moderated before being published