5 aplikasi senarai tugasan percuma untuk membantu anda mencapai matlamat 2022

Tahun 2022 menjengah tiba! Permulaan setiap tahun pasti tidak lengkap tanpa azam tahun baru. Mencapai matlamat anda mungkin agak mencabar namun tidak mustahil. Kami sarankan anda untuk mempunyai senarai tugasan bagi memastikan anda kekal fokus. Kajian mencadangkan bahawa sekiranya anda menulis matlamat anda dengan jelas di atas kertas, kebarangkalian untuk mencapainya lebih tinggi. Namun, sekarang kan zaman moden…kita senaraikan matlamat kita secara digital je lah. 


Berikut merupakan 5 aplikasi senarai tugasan percuma untuk membantu anda mencapai matlamat anda:


Google Tasks

Google Tasks ialah aplikasi senarai tugasan yang diintegrasikan dengan akaun Google anda. Anda boleh mengaksesnya melalui bar sisi Gmail atau memuat turun aplikasinya. Sebagai ahli ekosistem Google, ia menyegerak (sync) kalendar Google dan aplikasi Google lain secara lancar. Anda boleh pin e-mel sebagai tugasan dengan mudah untuk memastikan anda sentiasa peka dengan tugasan anda.

Perkara yang kami suka: Integrasi Google! Antara faktor utama generasi teknologi tertarik dengan Google Drive ialah kerana fungsinya yang mudah dan ringkas. Integrasi yang lancar dari desktop ke telefon pintar menjadikan aplikasi ini sesuai untuk kebanyakan pengguna Android yang mencari aplikasi yang mudah digunakan.
Perkara yang kami tidak suka: Tiada pilihan untuk menyusun kedudukan tugasan mengikut kepentingan.

Microsoft To Do

Microsoft To Do hampir sama dengan Google Tasks terutama dari segi integrasi. Aplikasi ini boleh diintegrasi sepenuhnya dengan ekosistem Microsoft. Anda boleh menyegerakkan (sync) tugas anda merentasi akaun Outlook pada telefon pintar, tablet dan desktop. Sekiranya anda sedang mencari aplikasi senarai tugasan yang profesional maka Microsoft To Do adalah pilihan yang terbaik.

Perkara yang kami suka: Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik imej dan fail pada setiap tugasan.

Perkara yang kami tidak suka: Anda hanya boleh menambah bintang pada tugasan untuk menunjukkan bahawa tugasan itu penting tetapi tiada sistem untuk menyusun kedudukan tugasan mengikut kepentingan.

Habitica

Adakah anda gamer? Sekiranya ya, maka Habitica direka khusus untuk anda! Bayangkan senarai tugasan dalam bentuk permainan video. Anda akan mempunyai watak atau avatar dan untuk memajukannya, anda perlu menyelesaikan tugasan anda dan jika gagal, watak anda akan menderita ( dalam video dan realiti!). Anda juga boleh memilih untuk bermain bersama atau bersaing dengan pemain lain. Rahsia untuk menang? Lengkapkan tugasan anda!


Perkara yang kami suka: Bahawa ia adalah permainan! Tugasan anda tidak akan terasa seperti tugasan lagi.

Perkara yang kami tidak suka: Habitica tidak begitu mesra pengguna dan anda mungkin akan memerlukan sedikit masa untuk memahami semua ciri-ciri pada aplikasi ini.

Todoist

Setiap tugasan memerlukan cara yang berbeza untuk menyelesaikannya, kerana itulah Todoist merupakan aplikasi yang wajib dimuat turun pada telefon pintar anda. Aplikasi ini mempunyai ciri template yang membolehkan anda memilih jenis tugasan yang anda perlu lakukan dan ia akan memberikan anda senarai semak yang komprehensif untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Sebagai contoh, anda ingin menulis novel tetapi tidak pasti dari mana hendak bermula? Template akan menyediakan senarai tugasan tentang cara menulis novel.

Perkara yang kami suka: Anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan syarat mereka mempunyai akaun Todoist, anda boleh memberikan tugasan kepada satu sama lain, meninggalkan komen dan berkongsi fail.

Perkara yang kami tidak suka: Sebaik sahaja anda menandakan selesai pada tugasan, anda tidak boleh mendapatkannya semula. Ianya tidaklah begitu penting tetapi kan best kalau boleh jejaki pencapaian kita?

Any.do

Aplikasi Any.do ini sangat sesuai untuk golongan minimalis. Ianya simple tetapi sangat komprehensif: membolehkan anda menambah nota, lampiran, membezakan tugasan peribadi atau berkaitan kerja dan menetapkan peringatan. Aplikasi ini juga disegerakkan (sync) merentasi pelbagai sistem pengendalian, menjadikannya pilihan yang bagus untuk pengguna Apple dan Android.

Perkara yang kami suka: Any.do mempunyai antaramuka (interface) yang bersih, fleksibel dan mudah digunakan. Ia juga dilengkapi dengan ciri hebat yang dapat membantu menyelesaikan tugasan.
Perkara yang kami tidak suka: Versi premium. Sebagai seorang yang completionist, versi yang tidak lengkap dari Any.do akan menimbulkan perasaan tidak senang. 

Kesimpulan

Aplikasi senarai tugasan yang baik boleh membantu anda kekal bermotivasi untuk mencapai matlamat anda dan tersedia untuk dimuat turun pada tablet dan telefon pintar. Jika anda ingin menaik taraf peranti dan meningkatkan produktiviti anda pada tahun ini, dapatkan peranti di shop.compasia.com. Semoga anda mencapai semua matlamat anda pada tahun ini!