Aplikasi ‘green apps’ terbaik untuk kehidupan lestari

Aplikasi ‘green apps’ terbaik untuk kehidupan lestari

Majoritinya, ramai dari kita mensasarkan untuk menjimatkan sumber alam semula jadi, membeli yang perlu sahaja, mengurangkan impak kepada alam sekita, dan melindungi planet kita. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikannya bukannya suatu yang mudah. Hidup dalam kehijauan agak merumitkan dan diambil mudah. Berita gembira buat anda, kini terdapat pelbagai aplikasi hebat dicipta bagi membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih lestari. Berikut adalah antara aplikasi-aplikasi tersebut.

1. Trash4Cash

Adakah anda mengingati zaman di mana lori kitar semula sambil melaungkan “surat khabar lama” berlegar-legar sekitar kawasan kediaman anda? Trash4Cash juga melakukan perkara yang sama, namun lebih moden.

Kini lori surat khabar lama tersebut akan sampai terus ke rumah anda, jika anda ingin untuk menukarkan sampah tersebut ke wang tunai.

Buat masa sekarang, perkhidmatan ini hanya tersedia bagi mereka yang tinggal di Malaysia sekitar kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Penang, Perlis dan Kedah. Pengguna akan menerima bayaran terus ke akaun bank mereka.

2. GreenDay

Buat masa ini, hanya tersedia di Singapura dan Malaysia sahaja. Aplikasi ini adalah platform khas untuk gaya hidup lestari yang merangkumi pasaran mesra alam dalam talian terbesar di Asia Tenggara.

Konsep aplikasi ini - ia menjadikan ‘eco-shopping’ mudah dan senang diakses, dan juga memiliki ciri komuniti bagi mereka yang ingin melakukan lebih banyak aktiviti untuk persekitaran di luar. Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai acara, bengkel, dan juga permainan yang berkaitan dengan kelestarian!

3. InstaCash

Dan semestinya, idea kami turut termasuk di dalam senarai ini. Inisiatif ini dicipta bagi memudahkan anda untuk menukar (trade-in) telefon pintar anda, InstaCash membawa keseluruhan proses tersebut ke tangan anda. Dengan mengikuti beberapa langkah ketikan yang mudah, kami akan mengambil peranti anda dan bayaran dilakukan kepada anda secara terus ke akaun bank anda. Bukan sahaja membantu menambahkan pendapatan, malah ianya juga merupakan kaedah yang terbaik untuk mengurangkan sisa elektronik (e-waste).

4. Olio

Beli, beli dan terus membeli boleh membawa kesan negatif kepada alam sekitar. Ini jelas terjadi apabila anda mempertimbangkan sumber yang digunakan (dan karbon yang dihasilkan) ketika menghantar tempahan baharu ke lokasi perniagaan yang kita beli-belah, selain sumber yang diperlukan untuk membuat tempahan tersebut. Sebaliknya, aplikasi Olio ini membolehkan anda untuk berkongsi dan meminjam produk mereka yang berada di dalam komuniti anda, meminimumkan pembelian secara berlebihan.

5. Ecosia

Ecosia adalah kaedah yang sangat mudah untuk membantu alam sekitar kita. Semasa mencari di laman sesawang, apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan pelayar Ecosia. Mesin carian ini menyumbangkan 80% daripada pendapatan iklannya kepada badan amal melibatkan alam sekitar. Dan juga, satu pokok akan ditanam selepas setiap 45 carian. Mudah bukan?

6. GoodGuide

Aplikasi ini membantu anda untuk mengenal pasti produk terbaik untuk menjaga alam sekitar. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengimbas kod bar produk tersebut, dan aplikasi ini akan memberitahu anda kadar penilaian produk tersebut, dan juga tahap kehijauan atau tanggungjawab sosial syarikat tersebut!

Kesimpulan

Perjalanan untuk meminimumkan impak kepada alam sekitar merupakan suatu proses yang berterusan. Setiap pilihan dan perubahan kecil yang kita lakukan akan membawakan perbezaan besar di kemudian hari. Ini termasuk barangan yang dibeli dan aplikasi yang kita gunakan. Apabila anda memilih untuk membeli peranti pra-milik, anda bukan sahaja akan menjimatkan penggunaan bahan yang bernilai, anda juga dapat mengelakkan pembuatan secara besar-besaran dan pelbagai lagi.

Anda boleh melihat pilihan peranti pra-milik dari kami dengan tawaran yang hebat di shop.compasia.com