‘Pre-owned’ VS ‘refurbished’ – adakah ianya berbeza?

‘Pre-owned’ VS ‘refurbished’ – adakah ianya berbeza?

Sebenarnya, terdapat perbezaan antara satu sama lain. Walaupun terdapat persamaan, anda akan dapat memahami mengapa salah satu daripadanya merupakan pilihan yang lebih baik. Teruskan membaca untuk mengetahui maksud istilah ini dan ketahui apakah yang perlu anda perhatikan ketika anda membeli peranti.

Apakah maksud pra-milik (pre-owned)?

Dalam konteks telefon pra-milik, biasanya ia bermaksud bahawa ia dibeli dari pemilik sebelumnya. Selain dari memori dipadam, tiada bahagian yang diganti atau diusik.

Bagaimana pula diperbaharui (refurbished)?

Diperbaharui juga agak serupa di mana ianya dibeli dari pemilik sebelumnya, namun bahagian telefon tersebut akan diganti. Oleh kerana kos alat ganti asal yang tinggi, alat ganti tiruan murah sering digunakan.

Apakah keburukan alat ganti tiruan murah ini?

Oleh kerana terdapat banyak pengurangan kos untuk menghasilkan alat ganti tiruan murah ini, ianya agak berisiko kepada alatan menjadi cepat panas dan tidak berfungsi. Bukan sahaja menyebabkan ianya membawa kepada risiko keselamatan, kualiti peranti juga turut terjejas.

Bagaimana saya boleh mempercayai bahawa peranti dari CompAsia tidak diperbaharui (refurbished)?

Peranti pra-milik kami telah mendapat pengesahan oleh juruteknik dan juga perisian pihak ketiga dikenali sebagai Blancco (www.blancco.com) bagi memastikan ketulenan dan fungsi. Setiap peranti perlu menjalani 32 langkah proses pengesahan tersebut sebelum kami boleh menjualnya kepada pengguna.

Adakah terdapat aspek positif bagi peranti diperbaharui?

Sebenarnya, masih ada penjual yang menggunakan alat ganti yang tulen sehingga menghasilkan peranti yang diperbaharui yang berfungsi dengan baik. Sebagai pengguna yang bijak, tanggungjawab kita untuk sentiasa bertanyakan kepada penjual tersebut sama ada peranti tersebut diperbaharui dan dari mana asal alat ganti tersebut.

Kesimpulan

Adalah amat penting untuk memahami perbezaannya bagi memastikan bahawa peranti pra-milik yang anda telah beli memuaskan. Pasaran peranti pra-dimiliki merupakan suatu penyelesaian yang terbaik, memelihara planet kita, dan juga menjimatkan kos. Pandangan negatif hanya akan memburukkan keadaan dengan niat sebenarnya untuk menjaga hayat peranti tersebut.

Buat makluman, peranti pra-milik dari kami telah disahkan, dan gred dinilaikan dengan penuh ketelitian, jadi anda boleh berbelanja tanpa sebarang keraguan. Semua ini bagi memastikan bahawa anda dapat miliki pengalaman peranti idaman anda dan seterusnya! Layari shop.compasia.com untuk ketahui tawaran harga hebat dari kami.