Rakam gambar berkumpulan lebih indah Raya ini

Rakam gambar berkumpulan dengan lebih indah Raya ini

Dengan Raya yang bakal menjelang tiba, inilah masanya untuk bertemu dengan saudara jauh (jika SOP membenarkan). Semasa perjumpaan ini, anda boleh menjangkakan ribuan gambar bakal ditangkap, satu peluang yang pastinya tidak akan anda lepaskan. Masalahnya,  mengambil gambar secara berkumpulan amat mencabar. Sekiranya anda tidak mahu gambar anda kelihatan seperti barisan di bilik darjah, berikut adalah beberapa tips kreatif untuk menjadikan gambar berkumpulan anda layak dibingkaikan.

Interaksi antara satu sama lain

Daripada semua hanya memandang kamera sahaja, minta saudara-mara anda untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kongsi jenaka keluarga atau buat wajah ‘bodoh’, ini akan menghasilkan foto anda kelihatan mesra dan diingati. Tip lain adalah dengan menangkap gaya natural ahli keluarga anda sebelum buat kiraan. Anda pasti terkejut dengan hasil gambar tersebut.

Gabungkan kedudukan

Jika membiarkan sahaja keluarga anda mengatur sendiri kedudukan bergambar, mesti susunannya sebegini: tinggi di belakang, rendah di hadapan. Sebenarnya, anda tidak perlu mengikuti peraturan ini. Dapatkan ahli keluarga yang tinggi untuk merendahkan badannya setara dengan yang rendah. Yang lebih muda dengan menjengketkan kaki. Pegang anak kecil. Foto berkumpulan sepatutnya menyeronokkan, jadi jangan takut melanggar norma peraturan.

Saudara-mara yang jauh

Anda tidak perlu menyusun keluarga anda sehingga 2-3 baris. Sebaliknya, gabungkan sahaja saudara-mara anda. Ini akan menghasilkan komposisi menarik yang memberikan perbezaan antara setiap subjek.

Gunakan latar belakang

Tumpuan gambar anda harus diberi keutamaan kepada keluarga dan saudara mara anda. Menyusun gambar berkumpulan sememangnya agak mencabar ketika kesibukan suasana di dalam rumah, penyelesaian terbaik adalah dengan mengambil gambar di luar rumah. Sekiranya mustahil, cuba tetapkan kamera anda dengan mengaburkan latar belakang.

Bermain dengan nombor

Tidak ada mana-mana ahli keluarga yang ingin ketinggalan bergambar bersama-sama. Setelah selesai gambar berkumpulan ramai-ramai, minta ahli keluarga anda bergambar bersama dalam kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan seramai 3-5 orang, adalah ideal untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif dan mesra.

Aksesori

Ada masanya, mesti ada salah seorang dari ahli keluarga tidak termasuk dalam gambar kerana terpaksa menjadi 'photographer'. Hari yang mengecewakan itu sudah tiada. Kini, terdapat pelbagai aksesori yang boleh didapati di Shopee dan Lazada bagi memudahkan urusan pengambilan gambar secara berkumpulan. Anda hanya perlukan tripod dan bluetooth remote camera shutter. Anda juga boleh menggunakan kit pencahayaan softbox supaya dapat hasilkan gambar dengan lebih padu.

Kesimpulan

Hari Perayaan amat dihargai oleh kita semua dan cara terbaik untuk mengingatinya adalah dengan merakamkan detik-detik indah tersebut. Sekiranya anda sedang mencari telefon kamera terbaik untuk merakam detik-detik abadi ini, anda boleh terokai siri iPhone 11, dengan diskaun RM50 ditambah dengan jaminan waranti tambahan PERCUMA! Juga, sentiasa beringat untuk kekal selamat semasa Hari Raya ini dan selamat bergambar.