TikTokers Malaysia paling lucu pada 2021

Jika anda merasakan masa berlalu dengan pantas ketika anda sedang bersenang-lenang, di TikTok pula masa bergerak selaju roket. Dicipta pada tahun 2016, platform video pendek ini telah mengambil alih satu dunia walaupun wujud kontroversi di AS pada tahun lalu. Warga Malaysia turut sama memeriahkan platfom media sosial-perkongsian video yang menerujakan ini, dengan ribuan pengguna baru sejak beberapa bulan ini kesan daripada MCO. Disebabkan ini, kita akan melihat beberapa TikTokers Malaysia yang paling lucu pada tahun 2021. Jika anda anda sedang mencari sumber untuk ketawa, teruskan membaca.

@moseswck

Moses sebenarnya seperti lain-lain tipikal orang Malaysia yang melakukan memes, cuba untuk bertutur dalam Bahasa Cina dan selalu mengundang masalah. Dia juga terkenal di Singapura kerana keupayaannya untuk berhubung dengan orang Cina yang tidak bertutur dalam bahasa Cina dari setiap pelosok Asia Tenggara.

 

@iamdeadasss

Tanpa rasa bersalah dan tidak masuk akal, jenaka dari ‘ketiak goreng’ ini ‘simple’ sahaja penyampaiannya namun bermesej. Tanpa prop yang keterlaluan dan penyuntingan yang berat, beliau mampu membuatkan penontonnya ketawa dengan ekspresinya yang tiada perasaan.

 

@theaqil_

Sekiranya anda mencari nasihat daripada seorang lelaki dengan stail ‘bertudung-bertuala’, usah tercari-cari lagi kerana Aqiel ada untuk anda dengan menawarkan nasihat paling bijak, melucukan di TikTok Malaysia.

 

@nickyalias_

Bagi pelawak wanita bertudung,Nicky menyediakan jenaka yang amat menghiburkan dengan gayanya yang tersendiri. Sketsa lucu yang dibawanya berkisar sekitar zaman kecilnya, membawa watak ibu dan anak olehnya sendiri. Kecoh sangat!

 

@waterdaddy_oe 

Adakalanya ‘sweet’, namun sebenarnya dunia keluarga Alfred Ong ini kecoh sekali. Beliau selalu memaparkan kisahnya sebagai seorang bapa di Malaysia. Ditambah pula dengan sekali-sekala muncul tiga anak lelakinya yang comel dalam videonya.

 

@applekwumble

Dari gaya Batrisyia, kelihatan seperti seseorang yang akan melakukan tutorial make-up, namun apabila melihat videonya, anda akan ROFL. Jika anda beranggapan model hanya perlu kelihatan cantik sahaja sepanjang masa, anda perlu ikuti Batrisyia di TikTok.

 

@happykuah_oe

Dengan lebih dari satu juta pengikut, Kuah sering menyiarkan video lucu yang memaparkan dirinya dengan pembantu rumahnya. Selain dari komedi, beliau turut kongsikan tip penjagaan rumah, sesuatu yang menarik minat makcik-makcik di Malaysia dari TikTok ‘influencer’.

 

@rkmofficial 

Tiada yang lebih menjengkelkan orang Malaysia jika silap sebut bahasa Melayu. Jika itu salah satu bahan jenaka yang anda sukai, video kerjasama antara RKM dan @asapvyom mampu menghiburkan berjam-jam. @asapvyom akan membuat sebutan yang salah, @rkmofficial akan sketsakannya. Bersedia untuk ketawa ‘pecah perut’.

 

Kesimpulannya

Jadi, inilah dia di antara TikTokers yang paling lucu untuk anda ikuti. Adakah ada yang anda minati tidak disebut di sini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen, TikTokers yang lucu kesukaan anda. Jika anda sedang mencari peranti dengan bateri tahan lebih lama bagi memastikan kepuasan pengalaman di TikTok, anda boleh dapatkan peranti pra-milik dengan harga yang amat menarik! Hanya perlu layari shop.compasia.com