5 Cara Untuk Meningkatkan Produktiviti Semasa Berpuasa

Sedar tak sedar, sudah lebih 15 hari kita berpuasa. Biarpun mencabar, ia sebenarnya memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada badan kita, tapi ia turut memanfaatkan hati kita.  Dengan perubahan rutin dan tabiat makan, adalah normal bagi kita untuk berasa mudah letih terutamanya pada waktu tengah hari.

Jadi, untuk membantu anda tetap bertenaga sepanjang bulan ini, kami telah mengumpulkan beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda kekal bertenaga sehingga waktu berbuka puasa!


Bersahur Sebelum Mula Berpuasa

Kita faham, dengan jadual yang demanding antara kerja dan kehidupan, anda lebih cenderung untuk tidur daripada bersahur! Bagi kami, itu jelas sekali bukan perkara yang baik! Cadangan kami: tetapkan jam penggera pada iPhone anda sekuat mungkin supaya anda tidak overslept.

Pilih pilihan makanan yang berkhasiat seperti makanan berprotein tinggi dan bijirin penuh untuk kekal bertenaga. Dan jangan lupa untuk meminum air yang secukupnya untuk kekal terhidrasi.


Rancang Hari Anda

Mulakan pagi anda dengan mencatatkan tugasan yang anda perlu lakukan pada hari tersebut. Utamakan tugasan yang lebih penting dan pastikan ia dilakukan pada waktu yang paling produktif bagi anda. Jika perlu, ubah jadual mengikut kesesuaian masa dan tenaga anda.

Selain itu, kenal pasti bila anda lebih cenderung berasa letih semasa berpuasa. Mungkin anda boleh beritahu bos anda supaya anda boleh mula bekerja lebih awal supaya anda boleh pulang lebih awal.


Amalkan afternoon siesta

Seronok betul bunyi perkataan "siesta" ni kan? Tapi anda perlu ingat supaya tak ter-over pulak! Afternoon siesta biasanya selama 15-20 minit sahaja. Ia penting supaya anda boleh meningkatkan produktiviti untuk bekerja. Gunakan masa ini untuk reset dan recharge.


Berbuka Secara Sederhana

Jangan makan terlampau banyak semasa berbuka. Anda perlu utamakan meminum air terlebih dahulu untuk kembali hidrasi. Kemudian, ambil jumlah makanan yang mencukupi semasa berbuka. Jika perlu, anda boleh mengambil hidangan (ringan) kedua bagi sesiapa yang bimbang akan kehilangan berat badan.


Lakukan senaman ringan

Jika anda suka bersenam, anda perlu ingat untuk membuat senaman ringan sahaja semasa berpuasa. Antara senaman ringan yang disyorkan adalah berjalan santai, yoga, atau kerja di halaman untuk kekal aktif. 

Selain itu, anda juga boleh menetapkan jam tangan pintar anda untuk memberi notifikasi jika senaman yang anda lakukan makin berlebihan.


Nota akhir

Ingat, berpuasa bukan bermaksud mengorbankan produktiviti anda. Dengan perancangan yang teliti dan penjagaan diri, anda pasti boleh mengekalkan produktiviti anda seperti hari-hari yang biasa.

Kami di CompAsia pasti memahami cabaran yang anda hadapi semasa bulan puasa. Jika anda memerlukan sedikit motivasi untuk menguruskan hari anda semasa berpuasa, mengapa tidak mempertimbangkan untuk mendapatkan peranti terpakai dari Shop.CompAsia? Siapa tahu, dengan adanya Apple Watch, hari anda akan dapat diuruskan dengan lebih baik! Tunggu apa lagi, mari lawati e-stor kami!

Leave a comment

All comments are moderated before being published