5 Sarung Telefon Terbaik Untuk Gajet Mahal Anda

Amboi, nampaknya anda dah beli Galaxy S24 Ultra yang sememangnya viral baru-baru ini. Kalau tengah sibuk memasak juadah berbuka dan buat IG live tu, jangan terlepas dari tangan pulak. Kalau terlepas dari tangan telefon tu, musibat tu?

Tidak kiralah anda menggunakan iPhone, Samsung atau mana-mana jenama telefon pintar yang lain, anda perlu beringat bahawa sarung telefon pintar merupakan satu benda yang wajib ada. Ia dapat melindungi peranti tersebut daripada tercalar, atau pun lebih parah lagi, pecah kalau terjatuh. Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 5 sarung telefon terbaik yang boleh anda pertimbangkan.


Siri Dux Ducis Aimo

(Kredit imej: shopee.com.my)

Produk Dux Ducis biasanya direka dengan business style yang unik. Keistimewaan produk ini adalah rekaannya yang anti-cap jari serta memberikan perlindungan kepada lensa kamera peranti. Selain itu, ia sangat tahan lasak (diperbuat daripada getah silikon) dan sangat mudah dipasang.

Harganya pula sangat berpatutan. Ia turut menawarkan pelbagai warna untuk pelbagai model telefon seperti iPhone, Samsung, Huawei, dan Vivo. Sebagai contohnya, anda boleh membeli sarung telefon Dux Ducis Aimo Frosted Matte pada harga RM39 sahaja.


OtterBox Defender

(Kredit imej: B&H Photo Video)

OtterBox menawarkan pelbagai sarung telefon yang pastinya memenuhi keperluan dan pilihan yang anda yang berbeza-beza. Jenama ini menawarkan beberapa siri seperti Defender, Symmetry dan Lumen yang direka untuk pelbagai jenama peranti. Pilihan kami:  siri OtterBox Defender sangat sesuai dengan namanya kerana ketahanannya daripada jatuh dan calar.

Klik pautan ini untuk layari laman rasmi OtterBox di Shopee.


Jujutsu Kaisen X CASETiFY

(Kredit imej: casetify.com)

Selami alam Jujutsu Sorcerers dan Cursed Spirits dengan Jujutsu Kaisen x CASETiFY. Dengan reka bentuk yang unik dan memikat, aksesori telefon ini pastinya boleh meningkatkan peranti anda ke Special Grade.

Jika anda merupakan peminat tegar manga/anime yang fenomenal dan ingin bergaya dengan sarung telefon ini, anda boleh dapatkannya di sini.


CASETiFY Bounce MagSafe Case

(Kredit imej: shopee.co.th)

Sudut melantun sarung telefon ini sebenarnya yang membuatnya tahan lama, dan ia juga cukup nipis untuk membolehkan pengecasan MagSafe. Biarpun sarung ini agak mahal dan kelihatan bulky, kami berasa ia sangat berbaloi untuk dibeli kerana ia  menawarkan enam kali lebih perlindungan kepada peranti anda yang mahal itu.


Wave Case

(Kredit imej: wavecase.co.uk)

Benda yang paling best tentang Wave Case ini adalah ia diperbuat daripada bahan terbiodegradasi dan sangat mesra alam. Selain itu, anda mesti perasan kebanyakan produk yang mesra alam biasanya datang dengan warna-warna agak hambar, tapi berbeza pula dengan jenama ni sebab anda boleh pilih sarung bertema penyu dalam warna turquoise, merah jambu muda, atau biru tua. Cadangan kami: beli satu untuk setiap warna - mudah untuk anda padankan dengan pakaian anda yang macam-macam warna tu!


Tunggu jap…macam mana nak pilih sarung telefon yang terbaik?

Semua pengguna telefon adalah unik dengan cara mereka tersendiri, dan pastinya anda semua mahukan perkara yang berbeza-beza untuk peranti kesayangan, kan? Sebenarnya ada macam-macam faedah kalau anda menggunakan sarung telefon, jadi semasa membelinya, anda perlu pertimbangkan tiga faktor berikut:

  • Ketahanan
  • Selidiki bahan atau buatan sarung telefon ini adalah penting. Dengan ini anda boleh tahu samada ia betul-betul boleh melindungi peranti dan berapa lama sarung tersebut boleh digunakan.

  • Reka bentuk
  • Macam-macam rekaan sarung telefon boleh dibeli di platform seperti Shopee atau Lazada,  dari yang sangat minimalis, comel, atau yang stail. Ini satu tip untuk anda: cari sarung telefon yang mudah dipadankan dengan gaya dan warna pakaian anda - pastinya anda kelihatan lebih bergaya!

  • Bajet
  • Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan sarung peranti boleh melindungi telefon kesayangan anda. Tapi anda perlu beringat supaya tidak membazir duit anda membeli sarung yang ‘kononnya’ diimport dari luar negara. Anda perlu ingat: harga yang lebih mahal tidak bermakna lebih berkualiti!


    Pelan perlindungan peranti dari CompAsia

    Selain daripada membeli sarung telefon untuk melindungi telefon anda, anda juga boleh mendapatkan khidmat Extended Warranty dan Replace Plus dari CompAsia. Dengan Extended Warranty, kami akan memberikan jaminan kepada anda sehingga 12 bulan. Manakala dengan Replace Plus, anda boleh menukar peranti kepada model yang sama, TANPA SEBARANG SOALAN! Kami yakin dengan perlindungan berganda ini, peranti anda akan lebih terjamin!

    Leave a comment

    All comments are moderated before being published