5 telefon pintar terbaik 2024 (setakat ini)

Biarpun baru 2 bulan kita menjejakkan kaki ke tahun 2024, tapi dah macam-macam model telefon baru dikeluarkan dan diumumkan. Rasa macam tiada rehat antara pelancaran model-model terbaru, kan? Pasti bikin pening nak pilih mana yang sesuai dengan gaya masing-masing!

Kami pasti pilihan rata-rata pembaca adalah antara iPhone atau Android - kedua-duanya pastinya termasuk dalam senarai ini. Baca untuk tahu 5 model pilihan kami setakat ini.


Galaxy S24 Ultra – Terbaik keseluruhan

(Kredit imej: Samsung)

Jika duit bukan satu halangan untuk anda, kami sarankan anda dapatkan flagship terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy S24.

Memang betul, harga untuk flagship ini agak mahal, namun setiap spek dan fitur yang ada pada telefon pintar ini pasti membuatkan setiap ringgit yang dibelanjakan adalah berbaloi. Siri terbaru ini betul-betul melangkau ekspektasi pengkritik dan pengguna tegar siri Galaxy S. Dari paparan skrin 6.8-inci AMOLED yang menakjubkan, dan prestasi Snapdragon Gen 3 yang luar biasa, kepada binaan kecerdasan buatan (AI), Galaxy S24 merupakan telefon pintar paling lengkap yang dipasarkan setakat ini.

Nota: FYI, fitur AI akan dapat diakses menggunakan siri S23, jadi anda boleh dapatkan peranti tersebut di sini


Google Pixel 8 Pro – Kamera terbaik

(Kredit imej: TechBug)

Model Pixel 7 Pro adalah telefon pintar yang sangat baik, namun Pixel 8 Pro telah mengangkat pengalaman menggunakannya ke suatu tahap yang lebih menakjubkan.

Cip Tensor G3 dalam telefon ini bukan sahaja telah meningkatkan prestasi peranti ini, malah  turut meningkatkan pelbagai fitur lain. Pengalaman fotografi jelas terasa berbeza di mana pemproses canggih Google dan kanta yang membolehkan anda mengambil gambar yang berkualiti dengan konsisten. 


iPhone 15 Pro – iPhone terbaik

(Kredit imej: Switch)

Bagi peminat iPhone, model ini adalah satu sweet spot dalam rangkaian telefon pintar yang diperkenalkan oleh Apple. Ia memperkenalkan beberapa penambahan kecil yang kurang signifikan, tapi apabila digabungkan, ia sebenarnya peningkatan yang sangat ketara.

iPhone 15 Pro diperbuat daripada titanium yang tahan lama, dan terasa lebih ringan berbanding model-model sebelumnya. Butang Action di bahagian tepinya pula boleh disesuaikan untuk menggantikan butang mute, lampu suluh, kamera dan fungsi-fungsi lain.

Ia turut dilengkapi dengan chipset A17 yang paling berkebolehan jika dibandingkan dengan mana-mana telefon pintar yang ada, manakala penambahan USB-C pastinya satu penambahan yang sepatutnya.


iPhone 15 – Nilai terbaik

(Kredit imej: MacRumors)

Terdapat dua peningkatan yang betul-betul membuatkan iPhone 15 lebih baik daripada iPhone 14

Pertama adalah pengenalan USB-C yang membuatkannya lebih mudah disambung dengan aksesori lain, manakala yang kedua adalah Dynamic Island yang boleh memaparkan pelbagai informasi. Sebelum ini, fitur tersebut hanya terdapat pada model Pro sahaja.

Dengan perisian iOS yang lancar dan binaan yang premium, iPhone 15 sememangnya model iPhone 15 yang sangat sesuai dengan nilainya. 


Galaxy A14 5G – Bajet terbaik

(Kredit imej: Samsung)

Bukan semua keluaran Samsung adalah flagship sahaja - ia juga turut mengeluarkan beberapa telefon pintar bajet yang sangat baik. Dan Galaxy A14 5G adalah bukti yang nyata, di mana harganya bermula pada RM RM949 (RRP) sahaja.

Biarpun tidak sehebat S23, namun rekaannya diilhamkan daripada model-model flagship. Ia mempunyai paparan FHD+ 6.6 inci, kamera utama 50MP, bateri 5000mAh, sensor cap jari sisi, dan menyokong storan dalaman sehingga 128GB dan 8GB RAM.


Platform pilihan untuk peranti terpakai pada tahun 2024 - CompAsia

Apabila anda ingin membeli peranti yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup, anda perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: binaan kualiti dan rekaan, paparan, prestasi, kamera, jangka hayat bateri serta nilai yang ditawarkan!

Jika anda pentingkan nilai, bagaimana pun, kebanyakan peranti yang disenaraikan di atas turut dijual di Shop.CompAsia, namun pada harga yang lebih mampu milik. Biarpun peranti terpakai, sebenarnya sesetengah model yang ditawarkan adalah tiada bezanya dengan yang baharu, terutamanya yang bergred As-new. Kunjungi laman e-stor kami sekarang dan alami perbezaan itu sendiri!

Leave a comment

All comments are moderated before being published