6 faedah membeli dari CompAsia vs. platform lain

Dalam catatan kali ini, kami akan menunjukkan apa yang menjadikan CompAsia sebagai pilihan yang lebih bijak berbanding dengan platform lain, justeru mengukuhkan kedudukan kami sebagai stor peranti terpakai #1 di Malaysia. Sama ada anda mengutamakan harga peranti atau kemampanan alam sekitar, jom sama-sama kita pelajari bagaimana CompAsia memudahkan perjalanan membeli peranti anda.


Penjimatan sehingga 50% yang tiada tandingan 

Apabila anda membeli peranti terpakai daripada CompAsia, anda dijamin boleh menikmati penjimatan muktamad - iaitu penjimatan sehingga 50% berbanding peranti baharu.

Untuk pengetahuan anda, promosi Hot Deals kami menawarkan unit terhad pada harga yang luar biasa, manakala jualan penghabisan kami pula menawarkan potongan harga yang terbesar untuk peranti yang berfungsi 100% dengan sedikit cela, yang jelas dinyatakan dalam speknya. Jadi, kalau anda ingin beli peranti tanpa perlu mengikat perut, CompAsia semestinya pilihan anda.


Kawalan kualiti 32-langkah yang luar biasa

Semua peranti terpakai dari CompAsia akan menjalani kawalan kualiti 32-langkah yang terperinci. Juruteknik terlatih kami memeriksa peranti dan fiturnya mengikut standard industri bagi mengurangkan sebarang cela dan kerosakan sebelum ianya sampai kepada anda. Antara fitur yang diperiksa adalah:

  • Kesihatan bateri (sekurang-kurangnya 80%)
  • Bluetooth
  • WiFi
  • Pembesar suara
  • Kamera
  • Mikrofon
  • Sensitiviti skrin
  • Port pengecasan dan lain-lain

Ini jelas membuktikan CompAsia berbeza dengan sesetengah kedai atas talian yang lain yang kurang atau tidak melaksanakan pemeriksaan yang komprehensif. 


Pelbagai pilihan pembayaran yang fleksibel

CompAsia turut bekerjasama dengan pelbagai platform solusi pembayaran yang dipercayai bagi memudahkan anda. Selain itu, kami juga memastikan anda mempunyai fleksibiliti yang terbaik dengan ansuran bulanan rendah sehingga 24 bulan, berbeza dengan sesetengah stor yang mungkin menyediakan servis yang agak terhad.

Antara pilihan yang kami sediakan untuk anda adalah:

 

Jaminan sehingga 12 bulan dengan Extended Warranty

Apabila anda membeli peranti terpakai seperti telefon, tablet, laptop atau jam tangan pintar dari CompAsia, anda akan menerima 1 bulan jaminan secara percuma.

Namun, untuk memastikan ketenangan fikiran anda, anda boleh memilih Extended Warranty untuk melanjutkan jaminan sehingga 6 atau 12 bulan dengan sedikit bayaran sahaja. Perlindungan ini meliputi kecacatan pengeluar yang tidak disebabkan oleh faktor luaran, semestinya memberikan perlindungan tambahan yang sangat berbaloi untuk setiap pembelian.


Penggantian peranti dengan Replace Plus

Replace Plus pula menawarkan pilihan yang mudah bagi anda yang mencari fleksibiliti dalam memiliki peranti.

Setelah membeli peranti terpakai original asal dari CompAsia, anda boleh melanggan Replace Plus selama 6 atau 12 bulan. Dalam tenur pilihan, anda boleh menukar peranti yang sedia ada dengan model peranti yang serupa, tanpa sebarang pertanyaan! Penghantaran peranti gantian dijamin selamat sampai, dengan bayaran mengikut harga runcit yang disyorkan (RRP) dan tenur Replace Plus pilihan anda.


Jaminan penghantaran yang selamat dan pantas

CompAsia mengutamakan penghantaran yang selamat untuk memastikan ketenangan fikiran anda setelah membuat pembelian. Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia, manakala sedikit caj akan dikenakan bagi setiap penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Namun, ia tidak menyangkal komitmen kami dalam memastikan peranti pilihan anda terus sampai ke muka pintu rumah anda dengan cepat dan selamat. 

Jadi, anda boleh membeli bila-bila masa, di mana-mana sahaja di laman Shop.CompAsia, tanpa perlu memandu jauh atau berjumpa dengan si penjual.


Alami sendiri faedah membeli peranti terpakai dari stor #1 - CompAsia

Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan CompAsia sebagai stor peranti terpakai pilihan dan nikmati sendiri pelbagai faedah yang kami tawarkan. Dari pelbagai penjimatan sehingga kualiti peranti yang baik seperti baharu, semestinya kami sentiasa berdedikasi untuk memberikan tawaran yang terbaik untuk anda!

Jika anda sudah bersedia untuk mengalami sendiri kelebihan membeli daripada kami, inilah masanya untuk anda menerokai pilihan yang ada di e-stor kami yang turut disertai dengan pelbagai tawaran yang eksklusif. Selepas ini kami pasti anda akan sedar mengapa CompAsia dikenali sebagai stor peranti terpakai #1 di Malaysia.

Leave a comment

All comments are moderated before being published