6 fitur baru iPhone 15 anda patut tahu

iPhone 15 akan dipasarkan di stor berdekatan anda tak lama lagi, dan pastinya ada  macam-macam fitur menarik yang mungkin buat anda ‘lemah lutut’ dan beli telefon tu nanti. Pada pendapat kami, dalam bab naik taraf ke iPhone 15 ni, soalan yang patut anda tanya sebenarnya bukan “nak upgrade tak?”, sebaliknya “patut upgrade tak?”. Dan jawapannya sebenarnya bergantung kepada gajet apa yang anda guna sekarang!

Teruskan membaca artikel ini kalau anda nak tahu fitur-fitur iPhone 15 yang lebih menonjol berbanding model sebelumnya. Lepas tu baru anda buat keputusan samada perlu upgrade ke tak!

 

Dynamic island

Fitur yang paling havoc masa Apple perkenalkan iPhone 14 adalah Dynamic Island, dan amat mengecewakan sekali sebab hanya model terpilih sahaja yang boleh akses fitur ni. Walau bagaimanapun, sekarang fitur ini dah boleh diakses kat semua rangkaian iPhone 15. Kapsul ini memang bagus bila anda nak tengok mana-mana info atau interaksi pada sekilas pandang sahaja, tanpa perlu menavigasi gajet.

 

Foto yang lebih bijak

Gambar yang perfect bukan mudah untuk diambil. Nak cari pose yang menarik  satu hal, nak kaburkan latar belakang pon satu masalah! Stress, kan? Haaa, kalau anda gunakan iPhone 15, anda boleh tingkatkan ‘possibilities’ untuk dapatkan gambar potret yang perfect dengan mengalihkan fokus subjek selepas anda ambil gambar. Jadi, sekarang anda dah tak payah posing sampai lenguh badan untuk dapatkan gambar yang anda mahukan!

 

USB-C

Seperti yang dijangkakan, iPhone 15 tidak lagi menggunakan lightning cable yang digunakan oleh model-model iPhone sebelum ini. Sebaliknya, Apple telah menyesuaikan model terbaru dengan USB-C seperti yang diwar-warkan. Memudahkan urusan anda nanti sebab anda perlu bawa satu kabel sahaja untuk cas iPhone 15, MacBook atau iPad anda.

Kalau anda bercadang untuk beli iPhone 15 Pro atau Pro Max, anda akan dapat menggunakan USB-C 3.0, di mana pengisiannya adalah sehingga 10GB sesaat.

 

Carian yang tepat

Mesti anda faham betapa susahnya nak cari rakan atau family member di tempat yang sesak, kan? Cip Ultra Wideband generasi kedua yang dipasang pada iPhone 15 ni dipanggil ‘Precision finding’. Kini anda boleh mencari mereka dalam proximity yang berdekatan dan tak perlu memberi arahan melalui telefon lagi.

 

A17 Pro

Untuk anda yang inginkan kelajuan dan kuasa, Apple turut memperkenalkan Apple A17 Pro yang baharu. Dari segi prestasi, ia sememangnya pemproses terbaik yang dipasang di mana-mana telefon pintar setakat ini. Semasa Apple mencipta A17 Pro, mereka memberikan tumpuan yang mendalam terutamanya untuk gaming, di mana ia mampu melakukan hampir 35 trilion operasi sesaat dengan 16 teras.

 

Butang ‘Action’

Pengguna 15 Pro dan Pro Max juga mempunyai akses kepada butang ‘Action’, yang menggantikan suis mod senyap. Butang ‘Action’ membolehkan anda menyesuaikannya dengan mana-mana fungsi yang anda mahu ia lakukan. Setkannya untuk anda lancarkan aplikasi dengan cepat, menterjemah sesuatu, merakam memo suara atau macam-macam lagi.

 

Nota akhir

Dengan nilai iPhone yang mampu kekal untuk jangka masa yang lama, sebenarnya kami tidak mengesyorkan anda menaik taraf ke iPhone 15, kecuali anda masih menggunakan iPhone X atau iPhone 8. Kalau anda nak tahu, iPhone 11 masih relevan biarpun pada tahun 2023. Jika anda ingin menaik taraf tetapi tak sanggup berbelanja untuk iPhone 15, model iPhone 12 dan terbaru pastinya akan kekal relevan untuk 3 hingga 4 tahun lagi.

Tapi jika anda tengah mencari-cari telefon terbaru, terhebat dan paling berkuasa yang ditawarkan oleh Apple, tak salah kalau anda membeli iPhone 15 Pro atau Pro Max, sebab siri terbaru ini menawarkan macam-macam fitur yang serba ekstra.

Untuk penjimatan besar-besaran untuk iPhone dan gajet-gajet lain, anda boleh mendapatkan telefon pintar yang baik-seperti-baharu di e-stor kami. Jangan ketinggalan sebab stok biasanya cepat habis semasa demam Apple tengah happening sekarang ni!

 

Imej ihsan daripada Apple

 

Leave a comment

All comments are moderated before being published