Ciri Android yang kurang dikenali
Adakah anda benar-benar menggunakan sepenuhnya keupayaan sebenar telefon pintar anda?
Walaupun begitu, keupayaan asas telefon pintar Android tetap sama dan ada sebahagian ciri Android yang mungkin tidak pernah anda dengar atau cuba, tetapi setelah menggunakannya, anda akan menyedari keindahan memiliki telefon pintar.
Ciri-ciri Android yang tersembunyi ini, yang telah ditambahkan ke sistem operasi dalam tahun sebelumnya, masih lagi wujud untuk digunakan. Kami mengesyorkan anda untuk meluangkan masa untuk menemui semula rahsia ini, dan anda mungkin akan terkejut setelah mengetahui betapa bermanfaatnya ciri-ciri tersembunyi ini.
1. App shortcuts
App Shortcuts, seperti namanya, adalah ciri Android yang amat berguna. Dengan ciri ini, anda dapat nyahkunci pelbagai akses ke arahan aplikasi dengan pantas.
Bagaimana ianya berfungsi?
Anda hanya perlu menekan lama pada mana-mana aplikasi sehingga 'pop-up' terpapar. Jika aplikasi mempunyai arahan pantas, anda boleh terus ketik sahaja untuk akses dengan pantas. Sebagai contoh:
- Aplikasi Google's Messages membolehkan anda melompat terus ke pelbagai rantaian mesej yang telah digunakan.
- Google Docs membolehkan anda untuk masuk terus ke dokumen baru atau ke fungsi carian perkhidmatan tanpa perlu membuka aplikasi terlebih dahulu.
- Instagram membolehkan anda terus menyiarkan kandungan digital , pergi ke kamera Instagram, melihat aktiviti atau berbual.
2. Live Caption
Keluaran Google Android 10 telah memperkenalkan permata yang tidak dijangka ke dalam sistem operasinya yang dikenali sebagai Live Caption yang memberikan akses kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran.
Di manakah ianya dapat ditemui?
- Jika anda menggunakan telefon dengan Android 10 atau ke atas, dan anda tidak melihat pilihan Live Caption pada âvolume controlâ anda, pergi ke tetapan sistem anda dan cari Live Caption. Anda mungkin perlu mencari bahagian yang berkaitan dan perlu mengaktifkan ciri tersebut - dan, bergantung kepada peranti anda.
- Pada telefon Samsung, anda perlu membesarkan panel âvolumeâ anda (dengan mengetik anak panah ke bawah) untuk mencari pilihan Live Caption - dan pilihan itu akan muncul sebagai âtoggleâ dan bukannya ikon pilihan seperti biasa.
3. Guest Mode
Sekiranya anda pernah menghadapi situasi di mana telefon anda terpaksa bertukar tangan, anda boleh mempertimbangkan Guest Mode. Tetapan ini menyimpan fail peribadi anda untuk diri sendiri, sementara guest anda diberi akses asas.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Untuk menggunakan ciri Android ini, tarik ânotifications drawerâ ke bawah dan kemudian ketik âavatarâ Terdapat tiga pilihan dan anda perlu mengetik pilihan yang memaparkan âAdd Guest' untuk beralih ke Guest Mode.
- Selepas ini, pengguna lain tidak dapat akses ke data peribadi anda seperti mesej atau aplikasi.
- Apabila telefon pintar anda telah kembali semula ke tangan anda, apa yang perlu anda lakukan adalah, tarik ânotifications barâ ke bawah dan ketik pada âRemove Guestâ.Â
4. âPin' aplikasi pada skrin
âPin' aplikasi pada skrin adalah ciri yang pertama kali diperkenalkan pada keluaran tahun 2014, Android 5 (Lollipop) namun tetap dilupakan. Fungsi ini membolehkan anda mengunci satu aplikasi atau proses di skrin anda dan memerlukan anda menyahkunci telefon pintar anda sebelum anda dapat mengakses yang lain.
Katakan rakan anda mahu meminjam telefon anda untuk mencari sesuatu dalam talian. Anda boleh menyerahkannya kepada mereka dengan Chrome dibuka dan di âpinâ pada skrin. Aplikasi tersebut akan tetap di âpinâ sehingga anda menyahkuncinya. Ini adalah cara mudah untuk mengelakkan orang lain menerokai telefon anda.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Untuk mengaktifkan âScreen pinningâ, pergi ke Settings, ketik pada Security & Location, dan ketik pada âScreen pinningâ, yang anda boleh temui di Advanced settings.
- Pastikan ianya diaktifkan dengan pilihan pertanyaan untuk âPINâ, âpatternâ, atau âpasswordâ.
5. Nyahkunci secara automatik, ketika di rumah
Anda mungkin rasa ianya melecehkan untuk menyahkunci peranti anda semasa di rumah. Dan ini masanya pilihan âSmart Lockâ sangat berguna buat anda. Fungsi Android ini menggunakan GPS untuk menyahkunci telefon pintar anda secara automatik ketika anda berada di salah satu âTrusted placesâ yang telah anda pilih.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Pergi ke Settings > Security, kemudian ketik pada âSmart Lockâ. Anda akan temui pelbagai pilihan seperti âOn-body detectionâ, âTrusted devicesâ, âTrusted placesâ, âTrusted faceâ dan âVoice matchâ.
- Hanya ketik pada âTrusted placesâ dan nyatakan tempat yang anda rasa selesa untuk sentiasa nyahkunci telefon pintar anda.
6. Membenarkan panggilan dari nombor terpilih sahaja
Fungsi âDo not disturbâ pada telefon pintar Android anda dihadirkan dengan pilihan âPriority onlyâ, yang membantu anda untuk menapis panggilan, membenarkan hanya nombor terpilih sahaja boleh disambungkan ke panggilan.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Untuk mengaktifkan pilihan ini, pergi ke Settings > Sound > Do not disturb, selepas itu anda perlu ketik pada âPriority only settingsâ.
- Anda juga boleh memilih untuk tutup âremindersâ dan â event alertsâ pada mod âPriorityâ. Pada pilihan âCallsâ, anda boleh memilih nombor yang boleh hubungi anda dari fungsi-fungsi ini âfrom anyoneâ, âfrom starred contacts onlyâ, âfrom contacts onlyâ atau ânoneâ.
- Selain itu, pada pilihan âMessagesâ, anda juga boleh membuat pilihan yang sama. Terdapat juga pilihan âRepeat Callersâ di mana, jika diaktifkan, membolehkan panggilan dapat disambungkan jika orang yang sama membuat panggilan buat kali kedua dalam masa 15 minit berikutnya.
7. Screen magnifier
Fungsi ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang rabun kerana ianya akan memperbesarkan semua paparan, tanpa mengira aplikasi atau fungsi yang anda gunakan.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Hanya pergi ke Settings > Accessibility, dan kemudian ketik pada âMagnification gestureâ. Sekarang, anda sudah boleh besarkan pada mana-mana bahagian paparan dengan hanya ketik 3 kali dengan pantas.
- Untuk pengalaman fungsi yang lebih baik, tarik dengan menggunakan dua jari atau lebih untuk âscroll upâ dan âscroll downâ, dan leretkan dengan dua atau lebih jari untuk selaraskan pembesaran.
8. Menterjermahkan perkataan dengan Gboard
Papan kekunci ini mampu menterjemahkan perkataan hanya di hujung jari anda.
Bagaimana ianya berfungsi?
- Biarkan papan kekunci terbuka, ketik simbol âGâ (jika menu atas tidak terpapar). Ini akan membuka pelbagai pilihan. Ketik pada tempat yang mempunyai âGâ kecil yang kelihatan seperti dilipat di atas simbol. Ini akan membuka âtext boxâ untuk anda taipkan perkataan. Gunakan menu âdrop-downâ untuk pilihan bahasa. Google akan menterjemahkan secara automatik perkataan yang anda taipkan.
 9. Menggunakan âSplit Screenâ untuk kepelbagaian tugasan
Sorotan terpenting pada Android adalah memiliki keupayaan untuk menjalankan dua aplikasi di skrin secara serentak. Ianya amat memudahkan sebagai contoh ketika anda bermesyuarat di âgoogle meetâ, anda boleh memeriksa e-mel, atau ketika anda mencari kertas kerja dan ingin menghantar data yang berkaitan ke dalam âMessagesâ atau âface callâ rakan sambil melayari media sosial di skrin bersebelahan.
Ini adalah perkara yang perlu anda lakukan untuk aktifkan mod âsplit-screenâ:
- Buka aplikasi yang anda ingin gunakan untuk mod âsplit-screenâ.
- Masukkan skrin aplikasi yang sedang digunakan dengan menekan butang tersebut. Jika anda menggunakan lebih daripada 3 butang, leretkan ke atas dari bar utama jika telefon pintar anda adalah Android 10. Dan anda telah mengaktifkan navigasi dengan isyarat gerakan.
- Melalui skrin aplikasi yang anda sedang gunakan, pilih aplikasi kedua untuk anda paparkan pada âsplit screenâ. Anda hanya perlu menekan dan menahan pada menu âthree-dot kebabâ di bahagian sisi kanan aplikasi dan pilih âsplit screenâ.
- Sekarang, buka aplikasi kedua dari menu terkini atau dari âhome screenâ dan aplikasi ini akan dibuka dipaparkan di dalam âsplit-screenâ.
Kesimpulan
Dengan ini, anda telah ketahui beberapa ciri Android yang kurang dikenali yang mungkin anda terlepas pandang. Teruskan untuk mencubanya pada peranti Android anda supaya dapat jadikan pengalaman dengan peranti anda lebih berharga.
Buat makluman, beberapa ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan sama pada Android anda kerana ianya bergantung kepada versi dan sistem operasi Android tersebut.
Adakah anda teruja untuk mendapatkan Android? Kami menawarkan pelbagai jenis telefon pintar Android pra-milik yang disahkan dengan harga yang hebat. Sila layari shop.compasia.com sekarang.