5 Aplikasi Untuk Rancang Kewangan Anda Sempena Tahun Baru _CompAsia Malaysia

Pengenalan

Dalam sekelip mata sahaja kita sudah melangkah ke tahun 2023, dan kami pasti ramai yang  sudah bersiap sedia dengan azam tahun baru! Ada yang bercadang untuk beli rumah baru, dan tidak lekang juga yang ingin menamatkan zaman bujang. 

Namun, bukan mudah untuk kita laksanakan azam-azam tersebut. Ia pastinya memerlukan usaha dan masa untuk mengumpul duit yang secukupnya. Lebih-lebih lagi, bukan semua orang boleh terus kekal di landasan, terutamanya yang materialistik atau kaki shopping. Boleh kata sanggup mengikat perut asalkan kelihatan bergaya dan trendy.

Dengan adanya telefon pintar hari ini, sebenarnya bukan susah kita nak rancang kewangan dan simpan wang. Kalau nak tahu macam mana, apa kata muat turun aplikasi berikut di peranti anda?

MAE oleh Maybank2u

maybank mae

Jika anda pemegang akaun Maybank, anda se-MAE-mangnya wajib muat turun aplikasi ini! Setiap bulan, anda boleh pindahkan sejumlah amaun ke akaun perbelanjaan yang disetkan dan tidak perlu usik akaun simpanan anda. Lebih berguna, ia turut menyokong transaksi tanpa tunai melalui MaybankPay, Samsung Pay serta e-wallet seperti ShopeePay dan Lazada Wallet.


Paling bagus anda boleh hantar peringatan kepada rakan-rakan yang lupa bayar duit makan. Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh hantar notifikasi dan trek bayaran mereka. Aplikasi ni pasti boleh bantu supaya bajet anda tidak ke laut nanti!


Spendee

spendee

Spendee boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store untuk trek perbelanjaan pada setiap bulan. Ia sangat dipercayai ramai sehingga ia dinilai 4.7 bintang di Google serta dianugerahkan sebagai pemenang Mobile UX pada tahun 2017.


Rekaan antara-muka yang mudah dan mesra pengguna adalah sebab utama aplikasi ini menjadi pilihan ramai. Dengan mudah, anda boleh pantau dan kawal perbelanjaan mengikut bajet yang anda tetapkan pada setiap bulan. Lagi berguna kalau anda langgan fitur premium, di mana anda boleh hubungkan beberapa akaun perbankan dan Shared Wallet dengan ahli keluarga.



iSaveMoney

isavemoney

Buat mereka yang selalu terkandas dalam berjimat cermat, kami pasti anda akan teruja kalau dapat ramal perbelanjaan setiap bulan, betul tak? Untuk pengetahuan anda,  iSaveMoney sangat berguna sebab ia dapat tunjuk variasi anda berbelanja, dan buat ramalan perbelanjaan enam bulan seterusnya berdasarkan rekod bulan-bulan sebelumnya.


Selain itu, dengan hanya sentuhan jari sahaja, ia juga turut menyediakan overview perbelanjaan bulanan anda. Jadi, anda boleh kaji dan perbaiki mana-mana aspek anda berbelanja. Ia sangat berguna, bukan?


Honeydue

honey due

Buat mereka yang sudah berpasangan, aplikasi ini adalah sangat perfect untuk anda! Ia direka khas untuk pasangan yang ingin menguruskan kewangan mereka bersama. Honeydue boleh simpan dan susun setiap transaksi/bajet anda, yang mana akan memudahkan komunikasi dengan pasangan.


Lebih unik apabila anda boleh letak “reaction” atau komen pada transaksi terkini dalam tab “Activity”. Dan kalau anda perasan pasangan dah berbelanja dengan lebih, anda boleh hantar pesanan kepada mereka dekat pautan “Chat” sebagai peringatan!


My Tabung oleh Bank Negara

my tabung

My Tabung telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemat. 


Seperti aplikasi kewangan yang lain, My Tabung boleh digunakan untuk uruskan bajet peribadi/isi rumah, serta pantau pendapatan, simpanan dan perbelanjaan anda. Apa yang berbeza adalah anda boleh akses pelbagai tips bagaimana uruskan kewangan setelah ia  dimuat turun. Bagi mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris pula, anda boleh setkan tetapan dalam Bahasa Melayu! 


Kesimpulan

Ibarat air digenggam tiada tiris, tidak salah kalau anda mengambil langkah berjaga-jaga dalam berbelanja. Mana tahu amalan ini dapat membantu anda di waktu susah nanti. 


Bagi anda yang ingin dapatkan telefon pintar yang menyokong aplikasi-aplikasi tersebut, apa kata layari laman shop.compasia.com untuk dapatkan peranti terpakai berkualiti pada harga mampu milik? Itu juga salah satu langkah untuk anda berjimat cermat!

Leave a comment

All comments are moderated before being published