5 hadiah hebat untuk WOW-kan saudara mara

Kalau masa kita kecil-kecil dulu, selalu sahaja kita berharap mak ayah atau adik beradik kita yang lagi tua belikan hadiah untuk kita, kan? Sudah besar panjang ni, kita semestinya faham perasaan adik-adik atau anak saudara kita yang masih kecil. Boleh kata sudah tiba giliran kita jalankan tanggungjawab untuk happy-kan mereka. 

Berkat dengan perkembangan teknologi, hampir semua alat permainan yang dikeluarkan pada hari ini biasanya berbentuk digital, antaranya telefon pintar, tablet, alat gaming dan macam-macam lagi. Dalam artikel kali ini, kami telah senaraikan beberapa gajet berteknologi canggih yang anda boleh hadiahkan kepada ahli keluarga untuk WOW-kan mereka!


instax mini Link 2

(Foto ihsan: fujifilm.com)

Ironinya, salah satu hadiah teknologi terbaik yang kami review sebenarnya boleh membantu si penerima menjauhkan diri dari skrin - sekurang-kurangnya semasa mereka ingin mencetak foto dan meletakkannya dalam frame gambar atau di dinding bilik tidur.

Kalau anda nak tahu, instax mini Link 2 mencetak dengan kelajuan yang agak tinggi dan sangat mudah digunakan. Anda boleh gunakan aplikasi instax mini Link untuk mencetak pelbagai imej dari telefon pintar anda dalam lebih kurang 15 saat sahaja, dan anda turut  boleh mencetak stills kegemaran anda dari video! Sangat sesuai dijadikan hadiah terutamanya untuk sambutan Hari Natal yang bakal tiba tidak lama lagi!

Sesuai untuk : Remaja

Harga : RM588.00


Nintendo Switch OLED Model: Mario Red Edition

(Foto ihsan: nintendo.com)

Tidak kira sama ada anda ni dari golongan Gen X yang sangat berpengalaman bermain Super Mario, atau anda masih berumur 10 tahun dan baru nak kenal siapa Super Mario ni, kami pasti yang game ni akan membuatkan anda tergoda.

Nintendo Switch - OLED Model: Mario Red Edition pasti akan membuatkan anda melayari dunia permainan sepuas-puasnya! Sistem edisi terhad ini mempunyai konsol, dock, dan Joy-Con controller yang semuanya berwarna merah menyala, iaitu warna ikonik Super Mario.

Kami nasihatkan anda berjaga-jaga ya - kami tidak mahu si penerima ketagih mencari syiling-syiling yang tersembunyi itu nanti! 

Sesuai untuk : Peminat game

Harga : RM1588.00


Apple Watch SE (Generasi ke-2 & GPS)

(Foto ihsan: apple.com)

Jam tangan keluaran Apple pastinya berada dalam senarai ini! Mana tidaknya, Apple memang akan ‘melangkaui’ jangkaan setiap orang bila mereka mengeluarkan jam tangan pintar baharu. 

Jika anda ingin menukar gelaran anda dari Uncle Hips-duhh kepada Uncle Hipster, kami nasihatkan anda hadiahkan anak saudara anda Apple Watch SE generasi kedua! Kami berpendapat bahawa model ini adalah antara jam tangan terbaik yang dikeluarkan oleh Apple, dan kami yakin, selepas ini anda akan menjadi uncle kegemaran mereka untuk selama-lamanya!

Sesuai untuk : Peminat tegar Apple

Harga : RM1,199.00


Telefon pintar mereka sendiri

Memiliki telefon pintar yang pertama boleh dianggap sebagai satu ‘acara’ yang sangat besar - sama ada untuk si penerima DAN ibu bapa mereka. 

Dengan adanya lambakan telefon di pasaran pada hari ini, mungkin anda beranggapan sukar untuk mencari telefon yang bersesuaian dengan mereka pada harga yang berpatutan, betul tak? Sebenarnya tidak! Anda tidak semestinya perlu membeli telefon baharu, cukuplah sekadar telefon terpakai sahaja.

Dengan adanya pelbagai platform di internet seperti Shop.CompAsia, anda boleh dapatkan telefon terpakai seperti iPhone, Samsung dan Huawei atau peranti yang bergred As-new yang tidak ubah seperti telefon baharu dengan mudah sahaja. Dari telefon pintar kepada tablet, klik di sini untuk lihat pelbagai pilihan dan tawaran yang ada di laman kami! 

Sesuai untuk : Golongan muda dan remaja

Harga : <bergantung kepada model>


Kodak Luma 350 Portable Smart Projector

(Foto ihsan: kodak.com)

Kodak Luma 350 berfungsi sebagai pawagam mudah alih all-in-one bukan sahaja sesuai untuk si penerima, tapi semua ahli keluarga! Ia turut dilengkapkan dengan sambungan Bluetooth dan Wi-Fi serta input HDMI dan USB. Jadi boleh kata projektor ini serba lengkap.

Untuk pengetahuan anda, projektor ini dikuasakan oleh Android. Anda boleh memuat turun aplikasi kegemaran anda dan strim rancangan tanpa perlu menyentuh telefon anda pun.

Pada pendapat kami, Kodak Luma 350 sangat best terutamanya kalau si penerima itu kaki camping. Ia boleh menayangkan filem atau rancangan ke apa sahaja permukaan dan dibina dengan pembesar suara - jadi anda tidak perlu memasang alatan tambahan. Satu bonus semasa keluar berkhemah!

Sesuai untuk : Penggemar filem

Harga : RM1,642.15 (Berikut adalah harga promosi. Harga mungkin berubah setelah promosi tamat)


Nota akhir

Jadi, apa kata anda? Adakah senarai yang kami sediakan itu telah membantu anda?

Kalau anda masih belum dapat buat keputusan itu, ini saranan kami. Apa kata anda jenguk-jenguk kat laman sesawang rasmi kami Shop.CompAsia? Mana tahu ada yang anda berkenan nanti, jadi mudah kerja anda nanti terutamanya pada saat Hari Natal dan tahun baru sudah dekat ni. Jangan terlepas tawaran-tawaran terbaik peranti terpakai yang sedang berlangsung pula! 

Leave a comment

All comments are moderated before being published