7 pertimbangan sebelum beli telefon pintar

Perhatikan rakan-rakan di sekeliling anda, dan anda mungkin perasan bahawa kebanyakan daripada mereka sama ada sedang menggunakan atau memegang telefon pintar. Pada tahun 2023, terdapat kira-kira 6.92 bilion pengguna telefon di seluruh dunia, dan jumlah tersebut adalah 85.74% daripada populasi dunia!

Angka yang besar ini jelas menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh telefon pintar dalam kehidupan kita. Dengan pelbagai jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran, membuat keputusan untuk membeli satu telefon sudah menjadi sesuatu yang agak mencabar. Memilih satu model iPhone pun sudah sukar, apatah lagi apabila anda terpaksa memilih daripada model-model Samsung dan Huawei, ia sangat memeningkan, betul kan? 

Jadi, untuk memudahkan anda, di bawah kami senaraikan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli teman teknologi anda yang seterusnya!

 

Pemproses (Processor)

Pertama sekali dalam senarai ini ialah pemproses. Pemproses ini sebenarnya boleh dianggap sebagai sebagai 'otak' telefon pintar - dan ia memproses semua tugas yang anda ingin lakukan!

Jika anda suka melayari aplikasi Instagram atau laman sesawang sahaja, pemproses mungkin kurang penting untuk anda. Walau bagaimanapun, jika anda seorang gamer, atau suka melakukan beberapa tugas dengan serentak, adalah penting untuk anda memilih telefon pintar dengan pemproses berprestasi baik.

Sebagai contoh: Apple menghasilkan pemprosesnya sendiri untuk iPhone, dan semakin tinggi nombor dalam nama iPhone, semakin baik prestasinya. Oleh itu, pemproses A14 Bionic yang dipasang di iPhone 12 melebihi prestasi A13 Bionic dalam siri 11, menjadikan A14 lebih sesuai untuk pemain game.

 

Kualiti buatan (Build quality)

Kualiti buatan ini merujuk kepada ketahanan! Pada zaman ini, telefon pintar biasanya diperbuat daripada tiga jenis bahan - logam, plastik, dan yang terbaru adalah kaca.

Jika anda seorang yang cuai, anda dinasihatkan untuk memilih telefon dengan buatan logam atau plastik. Bahan-bahan ini boleh bertahan biarpun jatuh ketinggian 2 hingga 3 kaki, manakala telefon pintar yang dibuat dengan kaca lebih mudah retak.

 

RAM

RAM, atau Random Access Memory adalah tempat di mana telefon pintar anda menyimpan fail dan aplikasi untuk sementara. Pada dasarnya, semakin banyak RAM yang dimilikinya, lebih banyak ruang yang ada untuk menyimpan fail dan kod agar dapat diakses dengan cepat.

Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada sejauh mana telefon anda mengendalikan RAMnya. Sebagai contoh, iPhone berfungsi dengan baik hanya dengan kira-kira 4GB RAM,  disebabkan oleh pengendalian sistematik Apple yang optimum terhadap sistem operasinya dan komponen lain dengan RAM yang tersedia. Sebaliknya, kebanyakan telefon Android memerlukan lebih banyak RAM untuk berfungsi dengan baik kerana kebanyakan pengeluar Android bukan daripada Google, jadi mereka mempunyai kawalan yang sedikit terhadap cara Android menggunakan RAM.

Secara keseluruhannya, telefon dengan 8GB atau lebih RAM boleh mengendalikan tugas serentak dengan lancar, manakala peranti dengan 4GB atau 6GB sudah memadai untuk kebanyakan situasi.

 

Bateri dan pengecasan

Kapasiti bateri diukur dalam milliamp-hours, dan pada dasarnya merujuk kepada saiz bateri telefon. Walau bagaimanapun, metrik ini bukanlah indikasi tentang berapa lama telefon boleh bertahan. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi jangka masa bateri, termasuk spesifikasi paparan, penggunaan rangkaian, dan aktiviti lain seperti bermain game. Jadi, membaca ulasan sebelum membuat pembelian adalah disyorkan jika anda mengambil berat tentang jangka hayat bateri.

Corak pengecasan bateri anda juga penting. Pada masa kini, terdapat dua cara untuk mengecas telefon - pengecasan menggunakan kabel atau pengecasan tanpa wayar. Walaupun pengecasan tanpa wayar mungkin lebih mudah, ia biasanya lebih perlahan. Jadi, apabila anda menggunakan pengecas tanpa wayar, ia mungkin mengambil beberapa jam sehingga telefon dicaj penuh.

 

Kamera

Beralih kepada pertimbangan seterusnya: kamera. Disebabkan semakin ramai orang berminat dalam fotografi dan videografi, pengeluar telefon perlu sentiasa mempertingkatkan prestasi pixel dan kamera mereka.

Penting juga untuk anda tahu yang jumlah pixel yang lebih tinggi tidak bermaksud kamera itu lebih baik. Sebagai contoh, kamera belakang 16MP tidak menjamin gambar yang lebih baik berbanding kamera 12MP. Jumlah pixel yang lebih tinggi bermaksud saiz imej lebih besar, dan menghasilkan imej yang lebih ‘tajam’ pada peranti berskrin kecil. Jadi, adalah disyorkan untuk anda mengkaji spesifikasi lain seperti apertur kamera, tahap ISO, dan autofokus juga.

 

Kadar segar paparan (Display refresh rate)

Sesetengah daripada kita mungkin tidak biasa dengan maksud kadar segar. Secara mudahnya, ia berkaitan dengan seberapa kerap skrin menghasilkan imej baru dalam satu saat. Ini bermakna skrin menunjukkan imej statik yang berubah dengan begitu cepat sehingga ia mencipta ilusi pergerakan. Sebagai contoh, kadar segar 60Hz menghasilkan imej baru 60 kali dalam satu saat, manakala kadar segar 120Hz menghasilkan dua kali ganda.

Kadar segar yang lebih cepat menghasilkan imej yang kelihatan lebih lancar, yang sangat membantu apabila bermain game - asalkan permainan itu dapat memanfaatkan kadar segar yang lebih tinggi!

 

Storan

Anda mungkin perasan bahawa telefon terbaru disertakan storan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak mempengaruhi sebaik mana telefon anda berfungsi; sebaliknya lebih kepada berapa banyak fail yang boleh disimpan.

Dengan adanya perkhidmatan cloud pada hari ini, anda tidak semestinya memerlukan begitu banyak storan. Sebagai contoh, anda boleh menyimpan aplikasi di telefon anda, manakala lagu, video, atau fail pula boleh disimpan di cloud, yang sedia untuk dimuat turun jika anda memerlukannaya.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa storan yang besar adalah tidak penting. Apabila anda memuat turun lebih banyak aplikasi dari masa ke semasa, anda mungkin perasan yang anda memerlukan storan yang lebih. Jadi, boleh kata yang pilihan storan yang kecil atau besar bergantung kepada tahap keperluan anda.

 

Ringkasan

Pastinya aspek-aspek yang kami tekankan sebenarnya sangat subjektif. Tidak kira mana-mana aspek yang anda tekankan, ia sangat bergantung kepada pandangan anda.

Walau bagaimanapun, terdapat satu pandangan yang kita semua kongsi: mendapatkan peranti pintar dengan harga yang sangat, sangat berpatutan! Di Shop.CompAsia, anda boleh memiliki telefon pintar, tablet, MacBook, jam pintar terpakai yang diiktiraf tanpa perlu mengorbankan bajet anda. Apa yang lebih baik lagi? Dengan memilih kami, anda bukan sahaja boleh menikmati tawaran hebat, tetapi juga menyelamatkan peranti-peranti ini daripada dibuang ke tapak pelupusan.

Leave a comment

All comments are moderated before being published